BlogList Malaysia

04 May 2012

Pindaan Perlembagaan Cadangan Pakatan Rakyat: Satu Lagi Helah Untuk Kelirukan Pengundi

Rancangan pakatan pembangkang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberi definisi yang lebih luas mengenai Islam jika ia berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 agak membingungkan dan menyegarkan.

Membingungkan kerana bagaimana anggota Pakatan Rakyat -- PAS, PKR dan DAP -- bersetuju untuk pindaan sedemikian secara meluas apabila parti Islam itu sendiri sebelum ini mengalah kepada desakan DAP supaya menggugurkan konsep negara Islamnya?

Adakah ini merupakan formula tolak ansur oleh pembangkang dalam keghairahannya untuk mengelirukan pengundi dalam menghadapi pilihan raya umum, yang mana ramai meramalkan ia akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang sehingga akhir tahun ini?


Jika begitu, pastinya ia satu perkembangan yang menyegarkan bagi umat Islam Islam di Malaysia walaupun ia tidak perlu disambut baik oleh rakyat yang beragama lain.

Sebagai orang Islam, saya sendiri teruja untuk melihat buat kali pertama dalam sejarah negara, rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan pegangan akan tertakluk kepada paksaan perlembagaan berhubung bagaimana mereka harus menjalani kehidupan seharian, dengan kata lain cara Islam. Rancangan pembangkang itu didedahkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Bercakap selepas merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek di Manir, Selasa lepas, Hadi berkata gambaran semasa perlembagaan mengenai Islam sebagai satu agama, adalah tidak adil kepada agama itu.

Pemimpin PAS itu dipetik dalam media sebagai berkata "Dalam dunia hari ini, rakyat hanya tahu dua cara bagi menerangkan mengenai kepercayaan: satu yang diterimapakai Barat dengan menyebutnya sebagai satu agama yang menandakan hubungan kerohanian antara manusia dan Tuhan, tanpa menyebutnya sebagai satu cara hidup.

"Pilihan kedua ialah dengan menyebutnya Addin, satu cara hidup, yang mana ia lebih sesuai kerana ia termasuk keseluruhannya, daripada kerohanian kepada semua aspek lain dalam kehidupan."

Hadi berkata kedudukan Islam sebagai satu cara hidup daripada hanya semata-mata agama boleh dilihat apabila Al-Quran digunakan untuk merumuskan undang-undang antarabangsa di The Hague.

Beliau menjelaskan,"Sebagai contoh, undang-undang berkaitan perlindungan politik juga disebut dalam Al-Quran. Ia menunjukkan bahawa Islam itu lebih daripada hanya agama."

Keghairahan dalam cara bagaimana beliau menjelaskan konsep itu nampaknya pelik. Ia memberi gambaran seolah-olah ini merupakan satu penemuan baharu bagi cendekiawan agama.

Beliau seolah-olah baru menyedari dan mengisytiharkan secara terbuka supaya perkataan "Negara Islam" itu tidak ada disebut dalam Al-Quran lantas mewajarkan parti itu menyingkirkan konsep Negara Islam demi sebuah "Negara Berkebajikan" selepas mengelirukan pengundi Malaysia lebih daripada setengah abad.

Setiap orang Islam tahu bahawa Islam sebagai Addin adalah lebih daripada sebuah agama. Dengan kata lain, Islam sebagai satu cara hidup adalah sebuah agama dan lagi dan lagi.

Dengan itu, Al-Quran memberi gambaran jelas berhubung bagaimana manusia perlu menjalani kehidupan harian mereka.

Ini tidak dinafikan bahawa konsep itu bukan hanya terhad kepada aspek kehidupan secara kerohanian tetapi juga perkara lain seperti cara dan jenis makanan yang manusia makan, cara berpakaian, cara menjalankan perniagaan, sistem perundangan dan keadilan dan setiap aspek lain dalam kehidupan yang boleh difikirkan oleh seseorang.

Setiap amalan yang baik yang dilakukan dengan niat yang baik dan dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa dianggap sebagai satu ibadah dengan ganjaran yang dijanjikan selepas seseorang itu mati.

Seperti yang disebut sebelum ini, setiap umat Islam tahu mengenai perkara ini kecuali mungkin bagi beberapa individu yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melihat ia patut ditambah dengan kata sifat �hadhari� kepada perkataan �Islam�, dan dengan itu membuka lebih banyak jalan bagi kekeliruan kepada penduduk negara ini yang sudahpun keliru sehingga sampai ke tahap sesetengahnya bimbang ia boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Mungkinkah dakwaan Hadi boleh menjadi satu lagi usaha pada arah yang sama?

Ia mungkin tambah menarik untuk mendengar pandangan pemimpin pakatan yang lain berhubung perkara ini. Sehingga ini, pemimpin-pemimpin seperti Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang kuat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng masih membisu berhubung perkara ini.

Apa pun kemungkinannya, Hadi tidak begitu mengkhususkan mengenai fasal tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan yang mahu dipinda pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, adalah selamat untuk mengandaikan bahawa beliau mungkin merujuk kepada Artkel 3 Statut itu, yang menyentuh mengenai kedudukan Islam.

Fasal Satu Artikel itu menyebut:"Islam adalah rasmi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana-mana tempat dalam Persekutuan."

Menurut Hadi, cadangan pindaan yang dibuat pakatan akan membabitkan penggantian perkataan agama (yang merujuk kepada Islam) dengan Addin atau Cara Hidup.

Fasal yang dipinda itu mungkin dengan itu kini boleh dibaca sebagai :Islam Adalah Cara Hidup Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana-mana tempat dalam Persekutuan."

Implikasi rancangan pakatan ini sudah cukup jelas. Ia bermakna setiap warga Persekutuan, tanpa mengira kepercayaan atau pegangannya, terikat dengan Perlembagaan bagi mengamalkan Cara Hidup di negara ini walaupun seseorang itu baik lelaki atau wanita mungkin mengamalkan agama-agama lain (bermakna hubungan kerohanian dengan Allah atau Tuhan) dalam suasana aman dan ahrmoni.

Persoalannya ialah: Adakah semua rakyat Malaysia sudah bersedia untuk ini?

-- BERNAMA


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas