10 May 2012

Mahathir Sudah Bertaubat.. Tak Mahu Subahat Lagi Dalam Fitnah Seks..

Azmin 'terkejut' Dr Mahathir sokong beliau saman Utusan

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali 'terkejut' apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan beliau mengambil tindakan mahkamah susulan laporan media mengaitkan beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang perempuan.

Malah, Azmin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang menasihatinya supaya menyaman media berkenaan yang membuat dakwaan demikian.

"Dr Mahathir pun sokong saya. Saya terkejut. Beliau kata, 'Azmin, saya cadangkan Azmin saman media sebab mengaibkan Azmin' dan beliau sendiri tidak percaya dengan gambar-gambar," katanya secara sinikal.


"Saya tweet kepada Tun, mengucapkan terima kasih kerana menasihati saya. Kalau Tun Mahathir simpati dengan saya, takkan Tan Sri Khalid tak simpati dengan saya," katanya dalam sidang media petang ini.

Azmin menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan umum bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid "tidak mempertahankan" beliau susulan laporan muka depan Utusan Malaysia yang memaparkan gambar lelaki miripnya dengan seorang wanita melakukan aksi seks

Mengulas perkara tersebut, Azmin yang juga pengerusi PKR Selangor menepis tanggapan umum berhubung Khalid tidak menyokongnya.

"Siapa kata Tan Sri Khalid tidak sokong saya, dia sokong saya saman Utusan Malaysia... Dia kata 'no comment' sebab tak dapat maklumat betul atau menyeluruh.

"Tetapi keesokan harinya beliau sokong saya saman Utusan Malaysia. Jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid. Tak boleh makan," katanya sambil disambut ketawa kecil beberapa pimpinan yang hadir.

NONEBeliau juga menjelaskan berhubung pesanan tweetnya mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuruh beliau bertemu ibunya.

Katanya, beliau dapat memahami maksud Wan Azizah tetapi khuatir rakyat "akan keliru sebab peranan media yang cuba melaga-lagakan" pemimpin di kalangan mereka.

"Saya mendapat simpati yang luar biasa, silaplah Utusan Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada serangan terhadapnya sejak sebulan lalu bakal mengubah sokongan rakyat kepadanya, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata yakin dengan kebijaksanaan rakyat, menyerahkan kepada mereka untuk menentukan.

Bahkan beliau menegaskan hubungan kekeluargaan dan perkara berkaitan isu kekeluargaan perlu diharmonikan dan disejahterakan daripada diaibkan.

Sambil mengulangi bahawa beliau tidak pernah menderhakai ibunya, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mempersoalkan tujuan media mengheret ibunya dalam isu yang dikaitkan dengannya.

"Jangan media heret untuk kepentingan Umno. Untuk apa?... Adakah dia (Umno) minat dengan fakta... Dalam satu bulan, tujuh serangan kepada saya.

"Tidak ada jalan untuk saya jadi lemah, saya akan terus lawan... Apa jenis politik ni, saya pun tak tahu," katanya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas