04 May 2012

BERSIH: Tiada alasan untuk serah diri

Aktivis mahasiswa merasakan tiada alasan untuk peserta BERSIH, termasuk penuntut universiti yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Sabtu lalu tampil menyerah diri,

Bekas presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab mempersoalkan arahan pihak berkuasa itu kerana gambar yang disiarkan tidak memaparkan butir peribadi yang jelas.

"Kenapa perlu menyerah diri? Dikeluarkan 49 gambar yang tanpa nama, dan nombor kad pengenalan dan kemudiannya disuruh menyerah. Kita lihat ia tidak mempunyai basis yang kuat untuk polis memaksa mereka itu untuk menyerah," katanya yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH.


Ahmad Syukri yang kini bertugas sebagai koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan polis perlu mengikut prosedurnya, bukan mengeluarkan gambar "semberono" dan mengarahkan pihak berkaitan ke balai.

"Polis sepatutnya mengikut prosedur yang sebenar dengan mengeluar surat (panggilan) dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangsar hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin hari ini yang menggesa 22 penuntut daripada 49 individu yang dikehendaki tampil membantu siasatan polis.

Sementara itu, Ahmad Syukri memaklumkan kumpulan mahasiswa akan menyediakan khidmat guaman kepada rakan mereka sekiranya dituduh di mahkamah.

'Lagi mudah keluarkan gambar polis'

Turut hadir dalam sidang media itu, wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema).

Ahmad Syukri turut mempersoal mengapa polis tidak mengeluarkan gambar anggotanya yang didakwa mengganas dan tidak beretika pada perhimpunan tersebut.

"Sebenarnya daripada 250,000 ribu demonstran, dia boleh keluarkan (gambar) 49 orang, berbanding beberapa ratus polis yang bertugas hari itu.

"Lagi mudah (polis) mengeluarkan gambar-gambar polis, yang bertindak luar etika dan (supaya mereka) dihakimi secara adil," katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0, menggesa polis supaya mengikut prosedur siasatan yang sewajarnya dan tidak bersikap berat sebelah berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama selepas sidang media mereka, polis menyiarkan gambar anggotanya yang memperlihatkan aksi kasar terhadap peserta BERSIH.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Koordinator GMPP R Karthiges mengumumkan pihaknya kini sedang merangka pelan pendidikan percuma di semua peringkat bersama pelbagai kumpulan mahasiswa dan parti politik.

"Hari ini kita dapatkan pandangan awal. Setiap kumpulan mahasiswa diberikan dua minggu untuk mendapatkan kata sepakat sebelum pilihan raya berlangsung," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/196999


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas