Pemimpin Umno, Artis Berkahwin Di Siam?
Kelmarian semasa minum di kantin Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur saya terjumpa kawan lama semasa belajar di sekolah menengah Rantau Panjang tahun 1977 lampau. Sudah 30 tahun kami tidak berjumpa. Semasa di tingkatan lima dulu saya satu kelas dengan dia.
"Ingat dak saya,?" sapa dia sambil menghulur salam. Cara dia bertanya begitu yakin menunjukkan dia masih ingat saya. Saya sambut dan bersalaman dengannya. Dia banyak berubah menyebabkan saya hampir tidak kenal. Selepas dia memberi tahu namanya baru saya terperasaan itu pun sambil mengimbau masa lalu mengenang-ngeng wajahnya.
Semasa di sekolah dia seorang yang smart. Berpakian kemas dan di bawah kolor bajunya terselit tuala kecil untuk mengalas peluh agar tidak terkena kolar. Dia seorang yang kemas dan bersih. Basikalnya juga bersih, kedua rim depan belakang bersinar banar - berkilau.
Sungguh tidak sangka berjumpa dengannya di situ. Dia datang menenami bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah yang datang untuk mendengar keputusan berhubung samannya terhadap Umno. Bekas Setiausaha itu, Amran menyaman untuk mendapat keadilan atas apa yang berlaku ke atasnya yang dianggap satu ketidakadlilan dan penganiayaan.
Kawan saya itu turun bersama beberapa yang lain untuk menyokong Amran.
Selepas berbual dan suai kenal kembali topik bertukar kepada beberapa hal lain. Sudah pastilah topik yang tidak akan dilepaskan ialah berbual fasal politik. Kawan saya ini tahu akan kecenderongan dan minat saya. Semasa di sekolah dulu saya tidak tahu aliran politiknya, walaupun dia sudah tahu dan kenal aliran politik saya. Saya sejak sekolah lagi sudah gila bercakap dan bermain politik. Sapu tangan saya juga kawan saya ini kenal apa warnanya.
Bual punya bual maka sampailah kepada soal-soal peribadi pemimpin Umno parti yang dianutinya termasuklah mengenai seorang pemimpin Umno yang sehari dua ini dikaitkan dengan seorang artis. Menurut kawan saya itu dia tahu atau mendapat maklumat mengenai pemimpin kanan Umno berkenaan memang ada hubungan dengan artis berkenaan.
Dia menafikan yang pemimpin kanan menteri itu memberi wang sampai mencecah jutaan ringgit kepada artis berkenan. "Setahu saya dia tidak memberi wang sebanyak itu. Sebaliknya apa yang saya tahu, artis itu mendapat wang dari pihak lain..," katanya perlahan-lahan dan selamba. Agak kekok juga untuk dia memberi tahu 'rahsia' itu.
Pihak yang memberi wang atau diterima diterima oleh artis itu dari mereka yang ingin mendapat sokongan atau projek dari pemimpin Umno berkenaan. "Saya tahu sebab saya dan kawan ada berhajat untuk mendapatkan projek dari pemimpin Umno berkenaan, dan saya juga bercadang memberikan wang kepada artis itu.." katanya.
Di sini saya tertegun dengan kata-kata itu. Kenapa harus memberi wang kepadanya (artis)? "Demo tidak tahu ke, pemimpon Umno itu sudah kahwin dengan artis berkenaan. Kawan tahu ini sebab puak-puak kita di Tanah Merah yang mengaturkan perkahwinannya di Siam, Puak Tanah Merah hampir-hampir ikut menjadi saksi.
Saya lagi tertegun dan mendekatkan telinga dengannya. Percakapan saya dengan kawan itu tidak diberi perhatian oleh kawan-kawan lain yang duduk semeja panjang yang dicantum menjadi dua."Perkahwinan itu bagaimana pun tidak didaftarkan, tetapi ada orang tahu..." tambahnya.
"Ini sedap ceritanya ni," kata saya menarik perhatian. Kawan itu terus bercerita dan bercerita sehingga dia minta saya merujukkan kepad orang bernama Zubir... "Demo tanya Zubir dia tahu sebab dia yang membawa pemimpin kanan Umno dan artis itu berkahwin." Sambungnya.
"Bila mereka kahwin?" soal saya.
"Lama dah, tahun lepas lagi..." jawabnya selamba dan bersahaja seperti mana lagaknya sebelum ini.
"Zubir tu orang mana," tanya saya.
"Dia orang kita juga...." balasnya. Sayang perbualan itu tidak sampai habis sebab masa untuk dia bersama kawannya ke kamar hakim sudah tiba. Kawan itu memberi jaminan dia akan bercerita lagi apabila kami bertemu semula. [wm.kl.7:33 pm 25/04/12]
Dipetik dari - http://msomelayu.blogspot.com/2012/04/sembanga-petang.html
0 Komen :
Post a Comment