BlogList Malaysia

19 April 2012

Serang Mahasiswa - Tindakan Samseng Yang Merugikan Umno

Daku kurang bersetuju dengan tindakan mahasiswa yang memprotes PTPTN kemudian berkhemah di Dataran Merdeka yang bersikap kurang sopan tempoh hari dengan mengarakkan gambar perdana menteri dan menteri pengajian tinggi. Bagi saya tindakan itu tidak bersopan langsung dan diluar darjat perilaku mahasiswa.

Alasan saya protes atau perkhemahan itu tetap juga mendapat perhatian umum kalau pun tanpa mengarak gambar Najib dan Khalid Nordin seperti gambar cina mampos di mana perbuatan itu agak mengilankan bagi orang Melayu. Sesiapa pun tidak boleh melarang tindakan mahasiswa itu kerana ia adalah satu saluran membela diri mereka sendiri.


Sewajarnya mereka bukan saja bersikap begitu atau berkhemah, tetapi mereka menyenaraikan beberapa masalah atau beban yang terpikul dari PTPTN biar masayarakat di luar yang jahil mengenainya akan tahu. Selain itu mereka juga mengemukakan jalan keluar bagi mengatasinya. Kerana itulah sebaik-baik penyelesaian. Isu PTPTN adalah isu rakyat yang bukan saja menjadi milik Pakatan Rakyat tetapi ia juga menjadi milik UBN.

Justeru cadangan untuk diadakan perdebatan di antara Pengarah Strategi PKR Rafizi dengan Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin dialu-alukan. Dari perdenbatan ilmiah itulah rakyat umum akan dapat melihat dan menilai sejauh mana relevansinya PTPTN diteruskan ataupun dihapuskan (hutang) dan diganti dengan skim baru bagi meringankan bebanan pelajar.

Pun begitu kandati saya kurang setuju dengan setengah tindakan mahasiswa itu, saya amat tidak setuju dengan tindakan sepuak samseng yang menyerang perkhemahan mahasiswa itu awal pagi tadi. Tindakan itu bukan saja jahat dan keji tetapi perbuatan manusia yang tidak bertamadun dan meletakkan otak di tumit kaki. Tidak kira siapa mereka dan atas arahan dan restu siapa mereka adalah banjingan yang perlu dikutuk.

Tindakan-tindakan tidak berhati perut dan meletakkan otak di kepala lutut itu sepatutnya tidak berlaku lagi. Cara serang hendap itu juga menunjukkan mereka tidak bertanggung jawab dan bacul. Kenapa kalau mereka merasa benar, dan tindakan pelajar itu salah mereka tidak mendatangi pelajar itu secara siang hari? Kenapa harus mendatangi di waktu malam? Hanya orang yang pengecut sahaja melakukan tikaman dari belakang dan mereka yang tidak ada otak saja menggunakan kekerasan fizikal.

Kepada saya tindakan itu tidak memberi untung kepada siapa juga yang menyuruhnya. Setakat ini tidak ada mana-mana pihak bertanggungjawab dengan kejadian itu. Samseng dan orang jahat di Malaysia ini masih jauh nilainya kalau dibandingkan dengan pengganas di luar negara seperti al Qaeda atau puak Tamil Elan di Seri Lanka di mana mereka akan mengaku kalau mereka berbuat sesuatu.

Namun begitu, implikasi atas perbuatan jahat itu kini akan terkena ke atas batang hidung Umno. Umno akan dilihat sebagai bertanggungjawab dan menjadi dalang di sebalik kejadian itu. Kenapa saya berandaian begitu, kerana beberapa kejadian serangan dan keganasan ala mafia bilis yang berlaku sebelum ini ada kaitan terus dengan Umno. Kejahatan dalam Umno juga penerusan daripada kejadian dan samseng lama sebelum ini yang pernah berlaku di Kelantan sekitar tahun 1959.

Misalnya yang menyerang masyakat India di Jalan Kebun, ianya diketuai oleh pemuda Umno. Serangan terhadap Anwar di Sembrong Johor ia dipayungi oleh pemuda Umno. Kibaran bendera Umno di tempat kejadian mengesahkan hakikat itu.

Begitu juga dengan kejadian cuba menampar Nurul Izzah di Pahang ia juga diketuai sendiri oleh seorang Adun Umno. Bukti-bukti itu jelas menunjukkan serangan dan kejahatan dilakukan ke atas program Pakatan Rakyat datangnya dari Umno, atau Umno yang melakukan sendiri dengan mengguna atau berselindung di sebalik gerakan dan pertubuhan tertentu.

Dalam hal ini saya rasa ia tidak menguntungkan Umno. Umno mendapat damage yang teruk. Umno harus segera membendung kejadian ini untuk mengelakkan parti itu dilihat terdesak dan sudah kehilangan punca. Umno sebagai tunggak kerajaan UBN boleh meminta polis agar bertindak tegas atau membendung kejadian seumpama itu yang langsung tidak memberi markah buatnya.

Saya merasakan polis juga bersubahat dan mengikut arahan Umno dalam beberapa siri-siri kejahatan ini. Kerana di sesetengah tempat kejadian polis seakan tidak bertindak dan membiarkan sahaja. Polis hanya bersikap tunggu dan lihat dan akan bertindak disaat-saat akhir apabila api sudah nyala dan membakar. Di manakah tugas dan tanggungjawab polis sebagai pencegahan kecelakaan dan mengawal keadaan?

Misalnya, perkhemahan pelajar itu tidak akan sempat diganggu kalau polis memberi kawalan kesemlataan dan memantau keadaan. Mustahil polis tidak dapat membuat ramalan yang perhimpunan itu akan diganggu. Menjadi tugas polis tidak kira siapa yang berhimpun mereka perlu memastikan kawalan dan menjamin keselamatan. Hal-hal atau kurang peka polis inilah menyebabkan kewujudan pasukan itu menjadi pertikaian kini.

Tetapi kalau polis juga sudah berpihak kepada mana-mana pihak maka fungsi mereka sebagai pasukan keselamatan sudah tidak ada lagi. Dan sekiranya polis tidak dapat meramalkan sesuatu akan berlaku setelah pelajar itu berhimpun beberapa hari dan gagal disuraikan oleh DBKL, maka adalah bodoh sangat polis dibahagian cawangan khas dan risikan.

Justeru saya percaya polis tahu dan memantau keadaan itu dengan meletakkan anggotanya sesuai dengan jumlah himpunan itu tidak sampai 100 orang pada malam saya mengujungi tempat itu. Malahan dua tiga orang muka ala-ala SB ikut sama berkeliran dalam kumpulan orang ramai yang mengujungi tempat itu menyamar menjadi jurugambar dan reporter.

Jadi adalah mustahil kalau polis tidak mengetahui dan membaca langkah para samseng itu. Kalaulah benar polis tidak mengetahui maka cetek sangatlah ilmu intelegent polis Malaysia. Negara menghabiskan wang berjuta-juta ringgit menghaantar polis ke luar negara untuk berkurus dalam bidang bereknaan ada sia-sia saja kalau polis gagal memanfaatkannya.

Sekali lagi saya tegaskan Umno khasnya Menteri Dalam Negeri yang mengawal polis harus memita polis menjalankan tugas dengan baik dan sepatutnya. Jangan sesekali menggunakan polis untuk kepentingan Umno kerana polis adalah hak rakyat, polis adalah Polis DiRaja bukan Polis Di Umno.

Bagi Umno pula setiap kali kejadian seumpama itu berlaku orang akan mengatakan Umno sudah desprate dan hilang kekuatan dan wibawannya. Umno semakin tidak mendapat kepercayaan golongan intlektual dan masyarakat umum lantaran itu polis menggunakan samseng liar dan cuba kontrol (peralatkan) polis agar memberi jalan untuk melakukan pengkhianatan seperti apa yang berlaklu ke atas perkhemahan pelajar itu. [wm.kl.11:09 am 19/04/12]

http://msomelayu.blogspot.com/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas