BlogList Malaysia

04 April 2012

Selanggor tubuh jawatankuasa khas siasat isu murtad

Kerajaan Selangor hari ini menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantap peranan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam, terutama bagi menghadapi cakap-cakap berlakunya usaha memurtadkan umat Islam.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi, Pengarah JAIS Datuk Marzuki Husin, ADUN Meru Rani Osman serta pegawai daripada JAIS dan Pejabat Undang-undang negeri.


"Kerajaan negeri berpendapat jawatankuasa ini akan memberi penambahbaikan kepada JAIS dalam peranannya untuk mengangkat martabat agama Islam terutama wujudnya 'cakap-cakap' wujudnya cubaan memurtadkan umat Islam melalui pendedahan video," katanya merujuk pendedahan bekas exco agama negeri Datuk Hasan Ali.

Jawatankuasa itu akan melaporkan terus kepada mesyuarat exco dan dijangka melengkapkan kajiannya dalam tempoh tiga minggu, kata Khalid.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas