18 April 2012

Hina Raja - Khalid Samad Sangkal Dakwaan Doktor Giler

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mempertikaikan kebenaran dakwaanseorang pegawai perubatan, Dr Rahman Kadirmenerusi laman web sosial kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mempersendaRaja-Raja Melayu semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Rabu lalu.

Khalid berkata, beliau mempersoalkan dakwaan ditimbulkan itu kerana mendapati beberapa kenyataan dikeluarkan Rahman mengenai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidenparti itu, Tian Chua sebagai mengelirukan.


Katanya, beliau yang duduk sebaris dengan Azmin manakala Tian Chua di barisan depan Azmin.

Menurutnya, ia menimbulkan tandatanya apabila Rahman mendakwa duduk di depan Tian Chua tetapi boleh mendengar perbualan antara Azmin dan Tian Chua kerana jarak agak jauh.

“Mungkin dia (Rahman) ada buat pembedahan plastik surgeri ke apa,hingga boleh mendengar sebab jarak antara kami adalah jauh kerana saiz kerusi tersebut agak besar.

“Saya duduk di kerusi bernombor tujuh sebaris dengan Azmin (tiga) tetapi tidak mendengar apa-apa yang didakwa oleh Rahman,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam laman sosial Facebook Khamis lalu, Rahman menzahirkan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadab beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan Raja-Raja Melayu.

Dakwa beliau, ejekan itu bermula semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Balairong Seri dan ia berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta sultan-sultan.

Khalid berkata, beliau turut mempersoalkan kebenaran dakwaan itu kerana Rahman mengatakan dia duduk di depan barisan ahli Parlimen pembangkang sedangkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut duduk di situ.

Katanya, gambaran diberikan oleh Rahman itu sebagai ‘pembohongan’ dan Khalid mempersoalkan sama ada benarkah Rahman hadir atau sebaliknya.

“Kenyataan dia (Rahman) mengelirukan apabila mengatakan duduk di depan ahli parlimen pembangkang padahal kita tidak duduk asing malah bercampur bersama ahli parlimen BN.

“Jadi saya pertikaikan sama ada dia hadir dan sekiranya ya maka apakah nombor kerusi dan barisnya?” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan adalah mustahil Azmin dan Tian Chua mengeluarkan kenyataan seperti didakwa itu kerana ia boleh mengakibatkan ahli Parlimen lain menggunakan kesempatan itu untuk menjadikannya isu.

- Sinar Harian


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas