KOTA BHARU - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) mendakwa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasioanal (BN) sudah mula panik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan tergesa-gesa Khamis lalu.
Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, undang-udang yang membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengehadkan masa untuk petugas tempat mengudi dan mengira undi menimbulkan keraguan.
"Kita bimbang bila SPR ada kuasa menentukan masa untuk petugas, mungkin ada muslihat di sebalik akta yang dipinda pada saat-saat akhir ini," katanya pada persidangan perwakilan tahunan Kita di sini, hari ini.
Zaid berkata, pembangkang sepatutnya diberi masa untuk meneliti pindaan dan berbincang terlebih dahulu. Khamis, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selepas melalui sesi perbahasan lebih tujuh jam.
Pindaan itu, yang dibentangkan pada 9 April lepas, bertujuan memperkemas proses pengundian pilihan raya termasuk memperluaskan sempadan bagi orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian kecuali bagi mereka yang mengundi daripada 50 meter kepada 100 meter.
Pindaan itu tidak melibatkan 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 April lepas. Pindaan itu juga mengenakan larangan wakil calon berada di barong SPR pada hari pengundian.
Larangan itu bertujuan bagi memastikan petugas SPR tidak terganggu dan pengundi dalam keadaan selesa. Barong panas parti bagi menyemak daftar pemilih tidak dibenarkan kerana parti tiada kuasa untuk tentukan identiti pemilih.
http://mimpi-senja.blogspot.com/2012/04/bn-sudah-panik-zaid-ibrahim.html
Mencari rumah berhantu untuk dibeli
6 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment