13 March 2012

‘Risiko keselamatan’ sekiranya peti undi tidak dibenar kira awal

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus memberikan jaminan keselamatan terhadap peti undi di hari pengundian sekiranya ingin menghalang pengiraan awal undi, kata Bersih 2.0.

SPR sebelum ini berkata Kecanggihan teknologi Komunikasi seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan media baru telah menyebabkan berlakunya kebocoran awal maklumat keputusan pilihan raya menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang pengiraan undi lebih awal untuk pilihan raya akan datang.

SPR mendapati perkara itu berlaku ketika pilihan raya di Sarawak April lalu, dan menjelaskan tindakan itu akan memberikan kesan terhadap pusat pengundian kecil di Sabah dan Sarawak yang ditutup awal kerana jumlah pengundi yang sedikit.


Timbalan Pengarah SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan bahawa pemberitahuan awal terhadap keputusan pilihan raya adalah “salah” di sisi undang-undang dan hanya pihaknya dibenarkan untuk mengumumkan keputusan penuh pilihan raya.

“Saya faham tujuan menangguhkan proses pengiraan, tapi saya tidak yakin keselamatan peti undi itu akan terjamin. Apa cadangan mereka sebagai jaminan tersebut?” kata Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) melalui khidmat pesanan ringkas kepad The Malaysian Insider.

“Sekiranya mereka tidak mengira peti undi tersebut, mereka haeru menyimpan peti undi tersebut di tempat yang selamat,” tambahnya.

Salah satu kaedah bagi memastikan keselamatan peti undi tersebut adalah membenarkan wakil parti berada sepenuh masa di lokasi pengundian, dan mereka harus kerap diberikan maklumat.

“Kami turut mencadangkan pusat pengundian untuk anggota tentera dan pihak polis diletakkan jauh daripada kem dan kawasan balai polis dan dibuat di lokasi awam. Ini juga memerlukan pengunaan dakwat kekal. SPR harus menangani isu ini,” kata bekas Pengerusi Majlis Peguam itu lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kota Kinabalu awal hari ini bahawa pengiraan awal kertas undi tidak akan dibenarkan ketika pilihan raya umum depan.

Menurut laporan The Star Online, Abdul Aziz berkata pihaknya telah mengesan terdapatnya individu yang menjadi agen kepada calon membocorkan maklumat awal melalui SMS ataupun Twitter.

Wan Ahmad menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah mengalami “beberapa pengalaman buruk” sewaktu pilihan raya di Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, sesetengah kawasan pengundian di Malaysia Timur ditutup awal sekitar 1 petang dan SPR membenarkan pengiraan boleh dimulakan pada jam 2 petang.

“Tetapi, satu atau dua pemimpin parti berhasrat untuk bercakap kepada media ... malah mereka telah mengumumkan kemenangan mereka, termasuk majoriti sekali.

“Matlamat mereka hanyalah untuk mengganggu moral lawan, namun ini juga merupakan gangguan terhadap pengundi yang masih lagi mengundi,” katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, SPR hanya akan membenarkan pengiraan undi dibuat pada jam 5 petang selepas semua proses pembuangan undi di pusat pengundian tamat.

“Kami tidak mahu kesilapan ini berulang lagi. Kami akan kembali kepada kaedah lama, iaitu pengiraan undi hanya selepas selesai proses pengundian,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, perubahan itu hanya melibatkan pindaan terhadap undang-undang SPR.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bersih-risiko-keselamatan-sekiranya-peti-undi-tidak-dibenar-kira-awal/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas