BlogList Malaysia

30 March 2012

PTPTN - Mahasiswa Kesal Kenyataan Kurang Cerdik Menteri

Siswa: Kenyataan menteri hina intelek kami

Kumpulan mahasiswa menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menolak tuntunan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai menghina keintelektualan mahasiswa dan ahli akademik.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang berkata, walaupun peruntukan pinjaman itu bernilai berbilion ringgit ia masih realistik untuk dimansuhkan.

"Itu bukannya suatu benda yang tidak boleh dibuat... RM6.1 bilion, (berbanding) dengan ketirisan puluhan bilion. Takkan kerajaan tidak boleh selesaikan," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.


Khaled sebelum itu menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa sebagai tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sementara itu, Mandeep Singh yang kini menggerakkan "Kelab Mangsa PTPTN" dalam PSM berkata, kerajaan patut membebaskan kira-kira 130,000 peminjam tabung berkenaan daripada disenaraihitamkan.

Ini kerana, tindakan itu menyukarkan peminjam untuk pergi keluar negara seperti yang dihadapinya pada Julai tahun lalu - sehingga beliau bertindak menyaman PTPTN di mahkamah.

Beliau turut mendesak Pakatan Rakyat berbuat demikian jika memerintah kelak.

PKR dan PAS sebelum ini memberikan komitmen untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke universiti jika berjaya menawan Putrajaya. Mereka bagaimanapun tidak menyentuh berhubung isu senarai hitam ke luar negara.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas