BlogList Malaysia

10 March 2012

Panas Dan Memalukan - MB Pahang Mengamuk Halau Dan Tuduh Wartawan Akhbar Bahasa Cina Bodoh

You Stupid !!, itulah yang dikatakan oleh MB Pahang agaknya, Klik Video

KUANTAN, 10 Mac - Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) agaknya. Jika dulu di awal tampuk kuasanya sebagai MB, beliau pernah menunjukkan isyarat lucah di Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Sanggang, Temerloh.


Isu itu hangat diperkatakan, hingga beliau digelar MB Samseng, Adnan Samseng, MB Lucah dan banyak lagi. Kemudian, beberapa tahun yang lalu beliau sekali lagi mengamuk. Kali ini kepada wartawan media arus perdana ketika beliau berucap di Sidang DUN Pahang.

Selepas lebih 10 tahun berlalu, Adnan dilihat sudah kembali "normal" dan gelaran samseng, lucah dan sebagainya mula hilang begitu saja. Namun, entah apa kenapa tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan MB Pahang itu memakin hamun dan menghalau wartawan akhbar berbahasa Cina dari membuat liputan programmnya.

Kejadian berlaku di sebuah hotel terkenal di sini pagi tadi. Beliau ketika itu hadir ke acara pembukaan Pesta Buku di hotel terbabit. Ketika melihat wartawan berkenaan, Adnan tiba-tiba menjerit dan menghalau wartawan-wartawan terbabit supaya keluar dari hotel itu.

Tidak cukup dengan itu, Adnan juga menggelarkan mereka sebagai "Wartawan Bodoh (Stupid)", sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di situ. Semua panik melihat gelagat Adnan, namun masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar tergamam melihat aksi MB Pahang itu.

Sebelum ini kami pernah melaporkan semua wartawan akhbar berbahasa Cina dihalang masuk ke satu forum pro-Lynas yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang di RTM Pahang Januari lalu.

Kini, kejadian yang sama berlaku dan lebih memalukan ia melibatkan MB Pahang sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah seorang Menteri Besar berperangai seperti itu?. Mengamuk dan menghalau wartawan adalah satu tindakan yang tidak wajar sebenarnya.

Namun, mungkin Adnan punyai sebab tertentu untuk berbuat demikian kerana beliau tahu bahawa akhbar berbahasa Cina telah membuat liputan meluas terhadap projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation yang kini dibantah rakyat.

http://pahangdaily.blogspot.com/2012/03/panas-memalukan-mb-pahang-mengamuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas