BlogList Malaysia

24 March 2012

INSIDEN PUKUL BABITKAN ANAK NAZRI AZIZ: AMK GESA POLIS BERTINDAK PROFESIONAL


Kenyataan Media
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

23 Mac 2012

INSIDEN PUKUL BABITKAN ANAK NAZRI AZIZ: AMK GESA POLIS BERTINDAK PROFESIONAL

Saya merujuk laporan berita yang disiarkan di laman portal Malaysiakini.com tentang dakwaan bahawa anak Menteri di Jabtan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang bernama Mohamad Nedim terlibat dalam insiden memukul penyelia kselematan di kondominium mewah di Mont Kiara pada hari Selasa lalu.


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) difahamkan bahawa dakwaan ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang turut mengesahkan telah menerima dua laporan polis berkaitan insiden tersebut dan diklasifikasi mengikut Seksyen 160 kanun Keseksaan kerana terlibat dengan pergaduhan.

AMK mendesak agar satu siasatan menyeluruh yang bebas dan adil dijalankan berhubung dakwaan ini memandangkan ianya melibatkan anak kepada seorang menteri yang diamanahkan menguruskan portfolio undang-undang.

AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004 yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

http://shamsuliskandar.wordpress.com/2012/03/24/bertindak-secara-profesional-dalam-kes-pukul-anak-menteri-amk/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas