BlogList Malaysia

30 March 2012

Gaji Baru Kakitangan Awam - Sekali Lagi Golongan Bawahan Akan Dipermainkan?

Mengapa Cuepacs di ketepikan sekali lagi?

Sekali lagi rakyat gelisah mendengar berita bahawa CUEPACS, seperti yang disebut presidennya Datuk Omar Osman, tidak dimaklumkan tentang siapa yang akan menyertai suruhanjaya untuk mengkaji penyelaran gaji perkhidmatan awam selepas pembatalan tiba-tiba skim Saraan Baru Perkidmatan Awam (SBPA).

Pakatan Rakyat menyokong penuh gesaan CUEPACS untuk dijadikan salah satu pihak berkepentingan (“stakeholder”) dalam isu ini, tapi juga agar pihak kerajaan tidak lagi melakukan tindakan bersifat “unilateral” seperti skim SBPA dahulu, yang telah gagal akibat tentangan yang begitu kuat dari pelbagai pihak.


Pakatan Rakyat juga sedar akan usaha kerajaan untuk meneruskan dan menambahbaik sistem Skim Saraan Malaysia (SSM) sedia ada, termasuk menubuhkan suruhanjaya khas untuk melaksanakan penambahbaikan yang “komprehensif dan menyeluruh” terhadap perkhidmatan awam negara.

Oleh itu, kami menyarankan satu Jawatankuasa Tetap Parlimen ditubuhkan agar semua pihak berkepentingan termasuklah pihak Pembangkang akan dapat memberi cadangan-cadangan membina bagi perkhidmatan awam, yang merupakan salah satu tunjang pembangunan negara.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas