08 February 2012

Sedia Tawar Kerusi Untuk Zaid.. Pas Tak Belajar Dari Ibrahim Ali Kot?

Pas bersedia menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran kepada Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) itu jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri.”

Itu kita akan bincang, saya tak kata ‘no’ atau ‘yes’, kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pas Kota Bharu di sini hari ini.


Akhbar ini semalam melaporkan hasrat Zaid untuk membubarkan parti KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti itu yang akan diadakan tidak lama lagi.Beliau dilaporkan berkata, pembubaran itu perlu bagi ‘menghapuskan keraguan bahawa KITA tidak memihak kepada pembangkang’ dan juga setelah sedar bahawa penubuhan KITA adalah ’satu kesilapan’.

Terdahulu, Mohamad semasa berucap di konvensyen itu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan Pas Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid.

“Saya gembira apabila KITA hendak dibubar dan ke mana arah tuju Zaid selepas kini kita serah kepada dia sendiri dan terserahlah kepada Wan Rahim dan Pas Kota Bharu untuk langkah seterusnya,” katanya.Pada masa sama, beliau meminta petugas dan penyokong bekerja bersungguh-sungguh memastikan kemenangan semua 60 kerusi Parlimen yang dituntut Pas bagi membolehkan mereka menguasai kerajaan dan Kabinet sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.

“Sekarang ini kita berada nombor tiga dengan 22 kerusi Parlimen berbanding DAP 28 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 31 kerusi.“Sampai bila kita mahu jadi parti nombor tiga?. Kita kena berusaha menjadi parti nombor satu baharulah boleh kita demand jawatan-jawatan menteri kanan,” katanya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas