BlogList Malaysia

11 February 2012

MP dijangka lompat parti jika BN tergugat selepas PRU

Beberapa kes lompat parti dijangka berlaku di kalangan wakil rakyat selepas pilihan raya umum jika kekuatan kerajaan BN semakin tergugat.

Bercakap di forum Pusat Kajian Dasar Awam di Bangsar semalam, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin (kanan) berkata, ini adalah satu "kemungkinan" jika BN kehilangan lebih banyak kerusi di Semenanjung.

"Politik adalah mengenai survival anda sebagai ahli parlimen serta parti anda," katanya sambil menambah ada kemungkinan ahli parlimen menyertai gabungan baru apabila bilangan kerusi yang dimenangi BN di Semenanjung kurang untuk mampu menjadi sebuah kerajaan yang stabil.


Menurut Lim, kes lompat parti dalam situasi seumpama itu akan berlaku di kalangan ahli politik Sabah dan Sarawak.

"Seseorang tidak boleh menganggap Sabah dan Sarawak sebagai deposit tetap. Tidak ada lagi kubu kuat di Malaysia," katanya sambil menambah semua orang mahu menyelamatkan diri masing-masing, terutama di Sarawak.

Seorang lagi ahli penal forum tersebut, ahli sains politik Ong Kian Ming
bersetuju dengan pendapat Lim, dengan berkata "pemburuan katak akan berterusan" jika mana-mana pihak menang dengan kurang daripada 55 peratus kerusi, atau margin tidak lebih daripada 22 kerusi.

Oleh itu, jika sebelas ahli parlimen lompat, ia akan membawa perubahan kuasa.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas