05 February 2012

Kejatuhan Terenganu Pada PRU12 Kerana Penipuan Terancang BN

KUALA TERENGGANU - Kekalahan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana PAS ditolak oleh rakyat tetapi adalah kerana penipuan dan manipulasi terancang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kekalahan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 bukan ditolak oleh rakyat.

Hakikatnya, kata beliau kekalahan tersebut bukan kerana PAS dibenci oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN Terengganu.


Menurutnya, Umno-BN telah membawa masuk sejumlah pengundi yang ramai serta tidak dikenali oleh jentera parti.

“Kita (PAS) kalah PRU 2004, kalah bukan rakyat tolak tetapi kalah dengan penipuan. Mereka (Umno) masuk (daftar) pengundi yang ramai dan mereka (pengundi) yang tidak dikenali.

“Saya percaya rakyat Terengganu masih mengundi kita (PAS). Barisan Nasional menang dengan tipu. Sekarang sudah berlaku perubahan di seluruh negara,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2012 di Restoran Ocean, Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, 3 Februari lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan masyarakat Tionghua (Cina) dan masyarakat India lebih kedepan inginkan perubahan kepimpinan negara.

Ini kerana, katanya akhbar berbahasa Cina dan Tamil (India) lebih bersifat terbuka membuat laporan berita berbanding dengan akhbar Melayu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, akhbar berbahasa Melayu yang pro-kerajaan pula masih ‘lemah’ (hilang integriti) serta dikongkong pemikirannya.

“Masyarakat Cina, masyarakat India lebih ‘cepat’ (sedar) kerana surat khabar Cina, surat khabar India banyak melaporkan berita. Surat khabar Melayu masih ‘lemah’, tiada integriti dan dikongkong fikiran.

“Kami (PAS) mahu orang Cina bertahan dengan menyokong kita. Kita (PAS) kempen lagi supaya orang Melayu buat perubahan. Sekarang seluruh dunia sudah berubah,” ujarnya di hadapan hampir 300 hadirin.

Kata Dato’ Seri Abdul Hadi, perubahan yang berlaku mutakhir ini sangat membanggakan PAS sebagai sebuah parti yang berasaskan agama (Islam).

Menurutnya, rakyat mahukan perubahan agar wakil rakyat yang dipilih mewakili mereka mempunyai kebolehan dan ketokohan dalam membela serta menegakkan keadilan.

“Perubahan (sikap) yang sangat membanggakan kita (PAS). Perubahan yang kita (PAS) tidak pernah terfikir sebelum ini.

“Calon PAS yang bertanding lawan calon MCA, orang Cina boleh undi PAS lawan MCA. Calon DAP lawan Barisan Nasional, orang Melayu boleh kerja menangkan calon DAP.

“Orang (pengundi) mahu bukan bangsa wakil rakyat tetapi mahu kebolehan dan ketokohan wakil rakyat yang boleh membela, menegakkan keadilan untuk mereka,” jelasnya.

Sehubungan itu, kata Ustaz Abdul Hadi kedatangan Islam ke negeri China lebih awal berbanding dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu ini.

Katanya, terdapat 100 juta umat Islam di negara China dan orang Islam terlibat secara langsung dengan kerajaan China.

“Islam masuk ke negeri China lebih awal masuk dari Tanah Melayu ini. Di China ada 100 juta orang Islam dan orang Islam terlibat dalam kerajaan China terutama di zaman Dinasti Ming orang Islam jadi Menteri Kewangan dan orang Islam jadi Panglima Tentera,” ujarnya.

Menurutnya, kehancuran sesebuah pemerintahan itu apabila umat Islam mula meninggalkan ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/02/umno-bn-menang-kerana-penipuan.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas