14 February 2012

Ibrahim Katak Tak Faham Maksud Perpaduan Dengan Bodek

PERKASA: Thaipusam, Najib bawa obor perpaduan

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini beranggapan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves di ibu negara, minggu lalu adalah dengan niat bagi memberi perhatian kepada semua kaum dengan membawa obor perpaduan.

“Mungkin beliau memberi observation (pemantauan)... Saya bukan mufti. Hal berkaitan dengan hal ehwal Islam, saya tak mahu komen kerana tidak mahu disalah petik,” kata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Beliau pada sidang akhbrnya di Kuala Lumpur diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meluahkan rasa terkilan dengan tindakan lawatan Najib itu yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.


Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas, Pasir Mas, jika Harussani membuat kenyataan seumpama itu, wartawan perlu merujuk kepadanya sama ada benar atau tidak.

“Saya bukan mufti. Hal (ini) berkaitan dengan hal ehwal Islam. Kena tanya orang yang berpengalaman, saya serah kepada alim ulama,” katanya.

Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar. Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan NGO dan PAS serta umat Islam yang membidas tindakannya itu.

Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.

Ibrahim bagaimanapun berkata Najib mungkin tidak sempat merujuk kepada pandangan agama sebelum menghadiri acara itu kerana jika tidak beliau pasti jelas dengan apa yang dilakukannya.

Namun, menurut beliau, terdapat juga pemimpin Islam lain termasuk dari pembangkang yang menghadiri upacara keagamaan bukan Islam.

“Macam Nik Aziz (Nik Mat) menghadiri kegiatan agama lain di Kelantan. (Menteri Besar Kelantan itu) masuk wat Budha.

“Kenapa masuk wat yang orang kata Nik Aziz tak salah, Najib salah?

“Mungkin (Najib) dengan niat untuk membawa obor perpaduan rakyat Malaysia...” kata Ibrahim lagi.

http://malaysiakini.com/news/189117


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas