20 January 2012

Surau Roboh Atau Tidak Aman Central Tetap Diteruskan - MB Kedah

ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah akan meneruskan projek Aman Central berharga RM500 juta seperti yang dijadualkan, tanpa mengira sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan negeri dan Majlis Fatwa Kedah atau sebaliknya.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak bagaimanapun yakin Jawatankuasa Madrasah Salihiah, Kancut yang memfailkan writ di Mahkamah Tinggi Alor Setar 9 Januari lalu untuk menghalang madrasah itu dirobohkan, akan mengubah pendirian mereka. Writ saman itu akan didengar 6 Februari ini.


“Saya fikir masalah ini akan selesai, projek mercu tanda baru bandar raya Alor Setar ini akan diteruskan. Kalau mahkamah tahan tidak boleh roboh tak apalah. Biar surau tu dok di situ. Kita akur keputusan mahkamah.

“Jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya lawan kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang,” katanya selepas jamuan dengan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Sri Mentaloon di sini, semalam.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas