BlogList Malaysia

10 January 2012

Saya tidak didesak gugurkan Hasan Ali


KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak didesak oleh sesiapa untuk menggugurkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota exco negeri.


Abdul Khalid berkata Hasan sewajarnya mengosongkan secara sukarela jawatan pengerusi tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri oleh kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam kerajaan negeri akibat beliau dipecat dari parti itu.

“Saya masih menunggu senarai pengganti bagi Hasan dari pucuk pimpinan PAS dan menjangka akan menerimanya tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai alam sekitar anjuran Majlis Perbandaran Klang di sini hari ini.

Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dipecat oleh PAS Ahad lalu kerana tindakan-tindakannya yang dianggap menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Abdul Khalid berkata walaupun pucuk pimpinan PAS mempunyai kuasa untuk menentukan wakilnya dalam barisan exco negeri, ini tidaklah secara “mutlak”.

Beliau berkata beliau akan mengadap Sultan Selangor pada Jumaat untuk memberi taklimat kepada baginda tentang perkembangan terbaru dan membincangkan calon sesuai bagi jawatan itu, lapor Bernama.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas