BlogList Malaysia

04 January 2012

Polis muat naik video tangkis dakwaan kekasaran

Polis telah memuat-naikkan empat klip video di internet bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik.

Video berkenaan dimuat-naikkan di YouTube oleh pengguna yang menggunakan nama PDRMsia. Durasi setiap video adalah antara satu dan dua minit setengah.

Semua empat klip video ini bermula dengan satu kenyataan berikut: "Kepada semua rakyat Malaysia, adakah anda inginkan bakal pemimpin yang sebegini?


“Kepada para ibu bapa, adakah anda ingin melihat anak-anak anda terlibat dengan kegiatan sebegini?

“Kepada para pelajar, adakah anda ingin memusnahkan masa depan dengan melibatkan diri dalam aktiviti sebegini? "

Rakaman menunjukkan kelakuan sekumpulan pelajar di pintu utama ke UPSI pada malam menjelang Tahun Baru 2012.

Ia juga memamaprkan usaha seorang pegawai polis cuba berunding dengan pemimpin pelajar supaya mereka bersurai dalam masa 15 minit, tetapi diengkari pelajar berkenaan.

Sebaliknya, pelajar dilihat tidak mematuhi arahan itu dan mencemuh polis.

Walau bagaimanapun, rakaman video itu berakhir setakat itu. Tiada apa-apa ditunjukkan tentang apa yang berlaku apabila polis bergerak ke arah penunjuk perasaan.

Sebelum ini, dilaporkan secara meluas bahawa pada kejadian berkenaan,14 pelajar ditangkap dan dua lagi cedera ketika ergelutan dengan polis pada awal pagi 1 Jan itu.

Tangkapan dibuat kira-kira jam 2:40 pagi. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dilaporkan pengsan dalam pergelutan itu manakala Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Muhammad Safwan Anang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana cedera.

Sehari selepas kejadian, Safwan memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau dipukul ketika cuba membantu seorang rakan yang cedera.

Peguam Fadiah Nadwa Fikri yang mewakili pelajar, semalam berkata mereka mempunyai bukti mengenai kekasaran polis yang didakwa itu.

http://www.malaysiakini.com/news/185664

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas