BlogList Malaysia

24 January 2012

Perkasa Pertikai 'Islam' Khalid Ibrahim

Perkasa: Ancaman Kristianisasi lebih besar dengan MB Khalid sebagai exco Islam

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Perkasa hari ini memberi amaran cubaan golongan Kristian untuk memurtadkan masyarakat Islam di Selangor akan diperbeharui selepas Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih peranan mengurus hal ehlam negeri tersebut.

NGO Melayu tersebut mempersoalkan kelayakan agama Menteri Besar Selangor itu berbanding Datuk Hasan Ali yang baru-baru ini digugur dari majlis mesyuarat negeri.

“Akidah Islam, Muslim dalam bahaya di Selangor. Perkasa bimbang terdapatnya cubaan Kristianisasi yang lebih agresif, terutamanya dengan Khalid yang bertanggungjawab terhadap portfolio exco bagi hal ehwal Islam,” jelas setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider.


Beliau menggambarkan Hasan sebagai “pejuang Islam” yang tetap mempertahankan Islam dan memastikan masyarakat Islam yang murtad kembali ke pangkal jalan.

Hasan merupakan bekas pesuruhjaya PAS telah dikecam tahun lalu kerana mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah gereja atas dakwaan berlakunya cubaan memurtadkan masyarakat Islam.

Beberapa minggu sebelum Hasan digugurkan daripada majlis mesyuarat negeri awal bulan ini, beliau menyertai serbuan ke atas pub yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama.

Seperti mana Perkasa, Hasan kerap kali mengatakan terdapatnya cubaan Kristianisasi oleh kumpulan tertentu terhadap umat Islam di negara ini.

“Hasan merupakan exco yang tegas, beliau seorang yang berpegang kuat kepada agamanya ... Khalid pula, bagaimana beliau akan menjalankan tanggungjawabnya? Beliau juga merupakan Menteri Besar, dan juga kurang pengetahuan agama.

“Perkasa merasakan Islam di Selangor akan bertambah lemah sekiranya seseorang yang tidak layak mengetuai portfolio agama. Jika diperhatikan, exco yang memegang jawatan itu di setiap negeri mempunyai latar belakang agama yang kukuh,” kata Syed Hassan.

Awal bulan ini, Hasan telah dipecat keanggotannya daripada PAS dan digugurkan daripada badan eksekutif Selangor kerana melanggar disiplin parti.

Beliau turut dikecam kerana mendesak penyokong pembangkang untuk menjauhi diri dari perhimpunan 9 Januari di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi keputusan dalam kes liwat di Mahkamah Tinggi di sini.

Portfolio hal ehwal Islam yang dipegang Hasan kemudiannya diambil alih Khalid yang turut melantik Dr Ahmad Yunus Hairi menggantikan kerusi Hasan.

Syed Hassan kembali mencabar Khalid, sepertimana Hasan, untuk mengetuai Solat Jumaat dan membaca khutbah.

“Dengan Khalid, maksiat akan meningkat di Selangor,” Syed Hassan menambah, mengulangi kenyataan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata MB Khalid tidak berniat untuk menjaga kepentingan masyarakat Muslim, sebaliknya berminat untuk memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaannya semata-mata demi pilihan raya dalam masa terdekat ini.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas