BlogList Malaysia

04 January 2012

Perkasa gesa polis tahan Azmin, halang perhimpunan haram di mahkamah

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu polis menahan segera Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana cuba “menghasut” rakyat untuk menyertai perhimpunan haram pada 9 Januari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata kenyataan yang dikeluarkan Azmin semalam boleh menimbulkan huru-hara dalam negara sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan segera terhadap pemimpin pembangkang itu.

“Kalau perlu tahan (Azmin) lebih awal kerana menyusahkan rakyat dan polis perlu tunjukkan ketegasan dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Azmin di IPD Dang Wangi di sini.


Beliau menyifatkan tindakan Azmin (gambar), Ahli Parlimen Gombak itu seolah-olah “tidak masuk akal” dan sengaja mengajak rakyat demi memenuhi kepentingan politik pembangkang.

Syed Hassan menambah kenyataan Azmin itu boleh mengganggu keamanan dan kesejahteraan negara sekiranya tindakan awal tidak diambil.

“Saya harap orang ramai tidak mudah terpedaya, jangan terikut-ikut. Azmin kalau kita lihat seperti tidak mempercayai mahkamah dan beliau sepatutnya membela rakyat Malaysia yang didapati bersalah.

“Nampak sangat tujuan mereka nak menimbulkan huru-hara dalam negara tak masuk akal,” katanya apabila ditanya mengenai perhimpunan secara berterusan akan diadakan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas kesalahan liwat.

Azmin berkata Pakatan Rakyat akan mengumpulkan seramai 100,00 orang pada Isnin depan untuk memberikan sokongan kepada Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan mengumumkan keputusan salah laku liwat.

Beliau berkata pakatan pembangkang bersetuju untuk menggerakkan dan berkumpul di Kompleks Mahkaham Jalan Duta walaupun polis telah mengeluarkan arahan keras untuk tidak mengadakan perhimpunan semasa keputusan diumumkan yang telah mengambil masa dua tahun.

Anwar dituduh melibat bekas pembantunya, dakwaan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya, selain mengatakan ia adalah agenda untuk memusnahkan karier politiknya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendengar hujah penutup dari 8 Disember hingga 15 Disember dan akan mengumumkan keputusan pada Isnin ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-gesa-polis-tahan-azmin-halang-perhimpunan-haram-di-mahkamah/

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas