22 January 2012

Pemantau: Hak asasi 'cakap besar, kurang tindakan'

Di sebalik ikrar untuk menjamin lebih hak rakyat melalui pemansuhan beberapa undang-undang keselamatan, Datuk Seri Najib Razak menerima tamparan apabila dikritik badan pemantau hak asasi dunia sebagai "cakap banyak, kurang tindakan".

"Pemimpin Malaysia memperbodoh dirinya dengan berfikir mereka boleh mundur daripada janji awam untuk menghormati hak berdemonstrasi secara aman dan mengkritik kerajaan tanpa rasa takut," Timbalan Pengarah Human Rights Watch Phil Robertson dipetik sebagai berkata oleh AFP.

"Lebih banyak Perdana Menteri Najib dan ahli politik kerajaan tampil cakap besar tetapi kurang tindakan dalam hak-hak (rakyat), lebih banyak mereka perlu jangkakan kemerosotan populariti."


itu dalam laporan tahunannya berkata, Asia Tenggara pada tahun lalu menyaksikan berlakunya penahanan pengkritik secara "sewenang-wenangnya", menyuraikan perhimpunan aman untuk reformasi sistem pilihan raya dan menggantikan kawasalan terhadap perhimpunan aman dengan "undang-undang lebih drakonian (zalim)".

Agensi berita antarabangsa itu juga berkata, jurucakap kerajaan tidak dapat dihubungi dalam masa terdekat untuk mendapatkan reaksinya.

Dalam laporan itu juga, badan yang berpangkalan di New York itu berkata, di sebalik janji kerajaan, hak asasi manusia di Malaysia "kekal dikekang hebat".

Human Rights Watch juga mengkiritik perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

http://malaysiakini.com/news/187335


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas