BlogList Malaysia

25 January 2012

Ibrahim Ali, politikus tua lagi kotor yang dah nak mampos..

PETALING JAYA: Tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas Dato’ Ibrahim Ali mencampuri urusan pentadbiran Selangor dalam isu pelantikan Exco kerajaan negeri yang baru dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam menunjukkan beliau kehabisan modal.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, tindakan Ibrahim yang juga Presiden Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) itu untuk membuktikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair walaupun sudah tua lagi kotor.

“Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS,” kata beliau dalam satu kenyataan media.


Faekah menegaskan “siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008.

“Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliiti,” katanya.

Ujar beliau, “kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato’ Dr Hasan Ali.

Hina Sultan Selangor

“Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan (Menteri Besar) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.

“Keputusan Abdul Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di

Selangor mengamalkan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam,” katanya.

Menurut Faekah, tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Abdul Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan.

“Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam

Selangor (Jais) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku,” jelas beliau.

“Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan,” tambah beliau.

Khianati PAS

Katanya, pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati

PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

“Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt.

“Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini.

“Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini,” katanya lagi.

Faekah menerangkan bahawa Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana.

“Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan,” tegas beliau.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas