BlogList Malaysia

20 January 2012

Hasan Ali Tak Ada Maruah..

Jika ada maruah , Hasan Ali kena letak jawatan Timbalan Pengerusi MAIS

SHAH ALAM, 20 Jan : Pas tidak menganggap jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor sebagai hak mutlak parti itu dan membidas Datuk Dr Hasan Ali kerana menuduh ia sebagai pak turut dalam Pakatan Rakyat.

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata Islam bukan hanya boleh dikembangkan menerusi portfolio itu sahaja dan Hasan sepatutnya mempunyai minda lebih terbuka sebelum membuat tuduhan sebegitu.

“Saya katakan di sini Islam tidak boleh kita sempitkan dalam satu portfolio, Islam kalau hendak dicakap dalam masjid, maknanya Islam dalam masjid sahajalah.


Jadi kita hendak suruh orang datang ke masjid, pelajar sekolah datang ke masjid dan ini yang kita hendak bawa sekarang,” katanya kepada antarapos.

Mahfuz berkata beliau menerima keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memastikan sesuatu portfolio Exco tidak hanya dipegang oleh parti tertentu sahaja.

Beliau menegaskan Exco daripada Pas tetap akan mengembangkang syiar Islam menerusi portfolio yang dipegang oleh mereka.

“Contohnya portfolio pendidikan kini dipegang oleh Dr. Halimah (Ali) menunjukkan di mana Islam hendak berkembang melalui pendidikan, Iskandar (Abdul Samad) umpamanya memegang portfolio perumahan.

Kemelut rombakan Exco Selangor tercetus kerana Khalid melantik Dr Ahmad Yunus sebagai exco baru daripada Pas untuk menggantikan Hasan yang dipecat oleh parti itu pada 8 Januari lalu.

Bagaimanapun Khalid tidak menyerahkan portfolio Hal Ehwal Agama kepada Yunus, sebaliknya mengambilalih tanggungjawab penting itu. Yunus, Adun Sijangkang, dilantik sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Hasan berkata maruah Pas dipijak kerana sebagai sebuah parti Islam, ia sepatutnya diberikan portfolio itu yang disandangnya dahulu.

Beliau dukacita kerana pimpinan parti itu menerima keputusan Khalid dan menyifatkannya sebagai bukti parti itu sekali lagi menjadi pak turut kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Mahfuz sekali lagi menegaskan pihaknya tidak bermasalah dengan susunan baru Exco Selangor dan yakin Menteri Besar boleh menguruskan portfolio Hal Ehwal Agama dengan berkesan.

Malah, menurut Mahfuz, Khalid akan menangani apa yang disebut beliau sebagai masalah-masalah ketelusan di dalam Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.

“Saya percaya dia (Khalid Ibrahim) mampu menyelesaikan banyak masalah dalam ketidaktelusan dalam MAIS da JAIS hari ini,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mahfuz mendesak Hasan supaya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MAIS setelah beliau digugurkan sebagai Exco.

“Jadi saya harap Hasan Ali kalau ada maruah dia letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MAIS. Dia kena letak jawatan sebab dia dulu diletakkan di situ kerana dia Exco Agama,” kata beliau.

“Walaupun dia dilantik oleh jawatankuasa MAIS memang dia kena letak jawatan sebagai orang bermaruah supaya membolehkan Tan Sri Khalid dan pihak lain yang dilantik untuk berada di situ,” katanya.

Hasan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri sebelum tamat tempoh untuk beliau merayu keputusan itu kepada Majlis Syura parti pada 7 Febuari.

Beliau mendakwa pemecatannya daripada Pas didalangi oleh sekumpulan parasit yang mahu mengubah perjuangan Islam parti itu dan berjanji mendedahkan mereka menerusi siri ceramah di seluruh negara.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas