BlogList Malaysia

01 December 2011

Najib Akui Kehebatan Media Baru

'Gerakan terancang atau tempuhi tragedi'

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, parti itu harus memahami faktor yang menjadi “game changer” atau peneraju cara gaya baru politik negara, atau bakal menempah tragedi.

Katanya, untuk merangka semula “game plan” atau gerakan terancang, realiti baru politik dan kepesatan media baru harus diambil kira.

"Mahu tidak mahu, suka tidak suka, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan.


"Ia berupaya mendatarkan the playing field atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara," katanya dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno yang bertemakan “Umno menjuarai transformasi” di PWTC pagi ini.

"Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, Umno selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.

"Ketiga, Umno juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka.

"Umno tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita," tambahnya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas