BlogList Malaysia

04 December 2011

"kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Berkat kewujudan DAP, Umno sepatutnya boleh congak dah berapa nak rembat lagi

Orang-orang Umno, para pemimpin Umno boleh ludah Quran, pijak Quran, kencing atas Quran, bakar Quran, berzina atas Quran, apa saja dan depa tetap akan menang. Mana boleh tak menang?! Mesti menang sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Orang-orang Umno, para pemimpin Umno boleh gadai tanah orang Melayu, lesapkan tanah rizab Melayu, rogol anak dara orang-orang Melayu depan mak bapak depa, apa saja dan depa tetap akan menang. Mana boleh tak menang?! Mesti menang sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Selagi DAP ada, Umno tetap perintah sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"


Walaupun kerusi majoriti Cina hanya kira-kira 46 kerusi sahaja dan itulah juga jumlah paling tinggi DAP boleh menang, parti itu tetap menjadi penyumbang terbesar kemenangan besar Umno dalam pilihan raya akan datang sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Walaupun pada zahirnya orang-orang Melayu (atau pseudo Malay yang menghina tok nenek depa sendiri dan menderhakai serta memperlekehkan ketetapan Allah yang menetapkan depa sebagai bangsa berkenaan dengan kelaku tak dak maruah mendakwa diri depa sebagai Melayu) dalam Umno memaki hamun DAP berkandaq-kandaq, dalam hati depa sangat berterima kasih kepada DAP sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Walaupun depa tak ambil colok dan sembah sakan-sakan gambar Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng, para pemimpin Umno dan lembu kerbau depa bersyukur sangat kepada DAP kerana kewujudan parti itu sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Mujurlah keyakinan diri Umno telah mati pucuk dan parti perasuah yang busuk hingga ke usus itu terus meracau macam orang gila walaupun, dengan bantuan kewujudan DAP, mereka sepatutnya sudah boleh menghitung berapa banyak lagi harta negara depa nak rembat selepas menang pilihan raya ke 13 nanti.

Nanti sat, hampa ingat Umno ja yang salah apabila berjaya jadikan Melayu lembu feedlot depa dengan jampi "kalau Umno kalah, DAP perintah!"? Kita yang kontot dengan sifat fatanah untuk menghadapi penipuan Umno itu tak salah?

Kita lebih bersalah!

Pak Bakaq


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas