BlogList Malaysia

07 December 2011

Bukan dakwat kekal saja tapi banyak lagi

Nasrudin Hassan berkata, SPR perlu membersihkan senarai nama yang berkod 71 di mana jumlahnya terlalu ramai dan mencurigakan.
PETALING JAYA: PAS menyambut baik jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang tetapi mendakwa banyak perkara yang perlu dilakukan suruhanjaya itu.

Ketua Pemuda Nasrudin Hassan berkata, SPR perlu membersihkan daftar pemilih dari nama yang bertindan atau yang memiliki nama dan nombor kad pengenalan hampir sama dan mencurigakan.

SPR, katanya perlu membersihkan senarai nama yang berkod 71 di mana jumlahnya terlalu ramai dan mencurigakan.


Beliau dalam satu kenyataan menambah, SPR juga perlu membersihkan senarai nama pemilih yang terdapat di dalam dua daftar iaitu daftar pemilih biasa dan satu lagi tersenarai sebagai pengundi pos.

Nasrudin berkata, tanggungjawab memastikan pilihan raya yang baik, adil dan telus tidak sahaja terletak pada bahu SPR atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi juga kerajaan.

Katanya, kerajaan mesti mempunyai komitmen yang tinggi dan meyakinkan dengan satu tindakan yang benar-benar berkesan seperti membenarkan semua parti politik yang menyertai pilihan raya berkempen menggunakan televisyen.

Ketika ini, katanya kempen menggunakan televisyen hanya dinikmati oleh Umno dan Barisan Nasional.

Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak

“Pilihan raya bukan sekadar daftar pemilih. Pilihan raya yang adil dan telus bermula dengan kebebasan parti politik untuk berkempen tanpa dikekang oleh peraturan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan semangat demokrasi.

“Masih terdapat beberapa sekatan seperti Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi golongan mahasiswa.

“Walaupun telah dipinda beberapa perkara tetapi masih terdapat beberapa perkara yang masih ditakuk lama seperti Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak,” tambahnya.

Ini, kata Nasrudin terdapat penipuan, sogokan, ugutan, tekanan dan 1001 perkara yang negatif.

Menurut beliau, pemansuhan undi pos juga termasuk dalam kategori untuk pilihan raya yang adil dan bersih.

Semalam Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar memberi jaminan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itu dalam pilihan raya umum ke-13 adalah daftar pilihan raya yang bersih.

Malah SPR akan bekerjasama dengan JPN untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas