BlogList Malaysia

03 December 2011

Bodek Nak Jadi Calon La tu.. Tok Sah Mimpilah...

Perwakilan Perlis Fathul Bari Mat Jahya menasihatkan ilmuan agama supaya "jangan mengamuk dalam masjid, atas mimbar dan pentas ceramah" untuk menasihat pemimpin negara.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya ruang dibuka dengan menjemput orang agama untuk memberi pandangan berhubung perkara tersebut, setiap tiga bulan.

"Saya bersyukur apabila saya menyertai Umno, saya diberi ruang sebebasnya (untuk bercakap tentang Islam). Tidak pernah ada sekatan bercakap tentang Islam," kita membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.


"Sehubungan itu, saya mencadangkan setiap tiga bulan, buka ruang jemput orang agama beri pandangan. Jangan mengamuk dalam masjid, atas mimbar dan pentas ceramah. Kalau nak nasihat pemimpin, inilah tempatnya," katanya.

Katanya, dalam perlembagaan Umno menyatakan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Tetapi apabila kita bercakap mengenai bangsa dan negara, kita bersemangat, tapi soal agama di mana orang agama?" soalnya ketika membahas usul agama, pendidikan dan sosial.

Fathul Bari yang juga anak sulung bekas mufti Perlis berkata demikian bagi mengulas rungutan kekurangan ilmuan agama untuk bersama-sama dengan Umno.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan antara "alasan popular" ilmuan agama kurang menyertai Umno kerana "tidak ada saluran untuk menyampaikan pandangan" mereka.

"Itu adalah realiti... Mungkin boleh (salur pandangan) di media baru, laman sosial facebook, blog atau twitter. Tetapi sejauh mana jawapan (dapat) diberikan, kalau 1,000 orang, (bagaimana keadaannya),"katanya.

Dalam perbahasannya juga, Fathul Bari mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi agar "mengumpulkan" pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

"Sebelum pelajar ke Timur Tengah, sama ada Mesir, Arab Saudi, transitkan mereka sebulan, dua bulan atau tiga bulan, dikumpulkan, di mana (mereka) diberikan pentarbiyahan dasar kerajaan bahawa kita mengambil berat pelajar di luar negeri.

"Kita cerita, mereka tidak pernah dianaktiri oleh pemerintah, cerita kebaikan kita," katanya yang berkelulusan Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas