BlogList Malaysia

30 November 2011

Shahrizat tak payah kait Wanita Umno

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.

Shahrizat sebaliknya perlu menjawab isu pokok – dakwaan penyelewengan dana rakyat dan juga penganugerahan projek berkenaan ketika menjawat jawatan menteri, kata Saifuddin

"Shahrizat, dalam ucapan antara lain mengheret sama kaum wanita sebagai isteri sebagai ibu yang turut menangis bersama dia.


"Saya berpendapat ahli wanita Umno sama ada isteri atau ibu, mereka tidak tahu menahu dan tidak terbabit dalam isu ini.

"Skandal ini cuma babitkan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri dan ada dalam mesyuarat jemaah menteri yang buat keputusan projek fidlot ini dapat kepada suami dia," kata Saifuddin lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang turut menyifatkan Shahrizat sebagai seorang yang "terdesak" kerana menyerang beliau dengan dakwaan tidak membuka pusat khidmat.

"Mungkin dia pergi hari Jumaat. Pusat khidmat tutup biasalah hari Jumaat. Punyalah tak ada isu Shahrizat untuk serang setiausaha agung PKR ini, isu pusat khidmat tutup hari Jumaat yang jadi isu.

"Ceritalah kondo mewah mana saya beli, saham mewah mana saya pegang, timbunan kekayaan mana saya kaut. Ini cerita pusat khidmat," katanya lagi.

malaysiakini

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas