BlogList Malaysia

25 November 2011

Perhimpunana Aman - Putar Belit Apa Pula Kali Ini?

Kabinet arah semak semula Bil Perhimpunan Aman

Kabinet hari ini mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya mengkaji semula dan meminda Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Lewat petang ini, beberapa akhbar Cina memetik sumber-sumber yang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dengan arahan semakan tersebut.

Najib dikatakan berada di luar negara ketika rang undang-undang itu dibawa ke Kabinet dan tidak dapat memberikan sebarang input mengenai perkara itu.


Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, sumber itu berkata, Najib memberi beberapa cadangan dan mengarahkan Nazri mengambil langkah perlu mengenainya.

Sumber itu berkata walaupun rang undang-Undang itu jadual dibahas di Dewan Rakyat Selasa ini, tetapi pindaan masih boleh dibuat di peringkat jawatankuasa.

Sumber itu berkata, antara lain, peruntukan yang menghendaki penganjur perhimpunan memberitahu notis 30 hari kepada pihak polis, akan disemak semula.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia dicadangkan bahawa notis 30 hari itu dikurangkan kepada 10 hari.

Bagaimanapun, sumber itu menegaskan Kabinet masih tetap dengan pendiriannya tentang pengharaman demonstrasi jalanan.

Sementara itu, ekoran bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 oleh pembangkang dan badan masyarakat sivil, Pemuda MCA hari ini menggesa kerajaan supaya memendekkan tempoh notis 30 hari untuk mengadakan perhimpunan, seperti terkandung dalam rang-rang undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, ia menyokong peruntukan yang akan menggantikan syarat sekarang yang memerlukan permit polis dengan pemberitahuan awal.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menggesa kerajaan menjelaskan keperluan tersebut, sama ada notis itu perlu dikemukakan kepada pihak polis 30 hari sebelum perhimpunan atau dalam tempoh 30 hari.

Walaupun rang undang-undang itu memberikan ruang yang lebih banyak berbanding dengan Seksyen 27 Akta Polis, Wee memberitahu satu sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat sayap Pemuda MCA hari ini, bahawa kerajaan perlu menjelaskan butir-butir mengenai rang undang-undang tersebut.

Tempoh yang munasabah untuk memberi notis kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan, hendaklah dalam masa lima hingga tujuh hari kerana tempoh notis selama 30 hari adalah terlalu lama untuk sebarang perhimpunan yang mahu diadakan berdasarkan isu-isu semasa.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas