BlogList Malaysia

21 November 2011

Pembohongan isu RM600 juta tanggungjawab PM

"Selain maklumat yang diperolehi dari seorang ketua Umno bahagian bahawa setiap Umno Bahagian akan mendapat RM3 juta, Perdana Menteri selaku Presiden Umno sendiri mengumumkan 13 November lalu mengenai peruntukan sebanyak RM600 juta yang akan diuruskan oleh ketua-ketua bahagian Umno itu pada dalam pertemuan ‘pre-council’ di ibu pejabat Umno.

"Tetapi, apabila saya membangkitkan pertanyaan dalam Dewan Rakyat mengenai perkara itu, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendakwa wang itu akan dibahagikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan tidak ada faktor yang disebut tentang ketua-ketua bahagian," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Menurut Salahuddin, oleh kerana Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Zainal Abidin Osman berkata beliau menjawab "mengikut apa yang difahamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah secara rasmi," ia membangkitkan persoalan pihak manakah di dalam kerajaan yang berbohong mengenai peruntukan RM600 juta itu.


Dalam jawapannya, Zainal Abidin berkata, "Kementerian belum lagi dimaklum tentang RM600 juta yang ingin dikemukakan kepada projek-projek luar bandar tetapi menerusi apa yang kita lihat daripada media akhbar, RM600 juta ini adalah diberi oleh duit kerajaan Barisan Nasional dan bukan duit Umno dan akan dibagikan kepada ICU melalui SDO, dan tidak ada faktor yang disebut di sini tentang ketua-ketua bahagian mengikut apa yang difahamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah secara rasmi".

"Persoalan lain yang berbangkit, bukan sahaja Parlimen tidak dimaklumkan mengenai peruntukan itu malah kabinet juga tidak dimaklumkan mengenainya kerana timbalan menteri itu menyatakan kementeriannya belum lagi dimaklumkan tentang RM600 juta itu dan hanya menjawab menerusi apa yang dilihatnya dalam media," kata Salahuddin.

Ketiadaan maklumat di pihak kementerian berkenaan, katanya lagi, membuktikan tidak wujudnya kata sepakat di peringkat kabinet untuk meluluskan peruntukan itu.

"Persoalan lebih penting ialah, jika apa yang dinyatakan oleh timbalan menteri itu tidak benar, ia bermakna kerajaan berbohong di dalam Parlimen dan jika beliau bercakap benar, kerajaan Abdullah telah mempergunakan wang rakyat dengan cara yang mengetepikan undang-undang dan peraturan," kata beliau.

Kedua-dua kesalahan itu, katanya, mesti dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri kerana beliau bukan sahaja menjadi ketua kerajaan malah beliaulah yang mengumumkan peruntukan itu dalam taklimatnya kepada perwakilan menjelang Perhimpuna Agung Umno baru-baru ini.

Salahuddin yakin bahawa peruntukan RM600 juta itu memang bertujuan untuk dibahagi-bahagikan kepada ketua-ketua Umno bahagian berikutan pendedahan Malaysia Today mengenai surat Timbalan Menteri Kerjaraya, Dato’ Mohd Zin Mohamed, dengan nombor rujukan TMKRM/0033/20 bertarikh 13 November lalu iaitu iaitu pada hari yang sama Perdana Menteri mengumumkan perkara itu dalam dalam taklimatnya kepada perwakilan menjelang Perhimpuna Agung Umno.

"Surat itu menyebut mengenai peruntukan pelaksanaan projek-projek kecil di Semenanjung dan Sabah dengan nilai keseluruhan RM600 juta, dengan pecahan kecil sebanyak RM3 juta untuk setiap kawasan Parlimen serta perlu dilaksanakan dalam tempoh dua bulan. Surat itu itu tidak menyebut Sarawak kerana tidak ada Umno di Sarawak," katanya.

Surat itu juga menguatkan keyakinan bahawa peruntukan tambahan RM600 juta itu tidak dibuat melalui keputusan kabinet kerana Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak tahu pun mengenai peruntukan RM600 juta yang dibuat melalui surat Timbalan Menteri Kerjaraya dan hanya tahu menerusi apa yang dilihatnya di dalam media, kata Salahuddin lagi.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas