BlogList Malaysia

17 November 2011

Lembu - Shahrizat & Kroni Makin Gelabah..

Projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa pembangkang sebagai projek gagal meskipun diberi pinjaman mudah RM181 juta daripada kerajaan, hari ini membawa sekumpulan wartawan melawat ladangnya.

Bagaimanapun, keadaan semakin kusut apabila beberapa wartawan yang berkumpul di ibu pejabat NFC di Gemas, Negeri Sembilan itu dihalau.

Menurut seorang wartawan yang tidak mahu identitinya didedahkan, beliau hadir kerana diberitahu bahawa sidang akhbar akan diadakan di lokasi itu tetapi setibanya di situ, beliau dimaklumkan bahawa hanya wartawan daripada media terpilih sahaja yang dibenarkan masuk.


"Kami tak dapat jemputan tetapi dimaklumkan bahawa akan ada sidang media, jadi kami ke mari, tetapi penyambut tetamu berkata nama kami tidak ada dalam senarai.”

Kata wartawan itu lagi antara media yang tidak dibenarkan masuk adalah dari Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Oriental Daily dan Kwong Wah Yit Poh.

Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

Ia kemudiannya semakin hangat apabila Pakatan Rakyat berjaya membuktikan projek itu milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

PKR pula kemudiannya mendedahkan syarikat itu menggunakan dana pinjaman mudah itu bagi membeli satu unit kondominium mewah berjumlah RM9.8 juta.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas