BlogList Malaysia

05 November 2011

Gangster Beri Amaran Kepada Gangster

Jangan bertindak seperti 'gangster' protes pendirian MCA


Masyarakat dinasihatkan tidak bertindak seperti penjahat atau 'gangster' dan menyimbah cat merah seperti berlaku ke atas ibu pejabat MCA Khamis lalu sekiranya membantah pendirian parti itu terhadap sesuatu isu.

Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu berkata sekiranya masyarakat mempunyai pandangan berbeza perlulah menyalurkan pandangan itu melalui cara yang betul mengikut sistem pentadbiran dan undang-undang sedia ada.


"Mungkin sesetengah pihak bertindak demikian (menyimbah cat) atas sebab yang tidak diketahui, kalau sebab pendirian pucuk MCA mengenai kepentingan rakyat menyebabkan perkara ini berlaku, saya rasa kesal.

"Kita ada pendirian secara kolektif tentang sesuatu isu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Kesihatan Antarabangsa Kelapan 2011 dan Pesta Teh dan Bahan Minuman Antarabangsa Kedua 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Khamis lalu Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengarahkan pihak pentadbiran parti itu membuat laporan polis berhubung insiden simbahan cat merah di pintu depan ibu pejabat MCA di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Walaupun wujud spekulasi ia ada kaitan dengan penolakan parti itu terhadap pelaksanaan hukum hudud, Dr Chua berkata beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

Gan berharap pihak polis dapat menangkap mereka yang terlibat dengan kejadian itu supaya perbuatan seperti itu tidak menjadi satu kebiasaan masayarakat di negara ini melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

"Ini negara demokratik, lain orang punya pandangan berbeza...ia suatu yang sangat lumrah...cuma apa yang majoriti buat kita ambil perhatian manakala yang minoriti juga kita jaga," katanya.

- Bernama

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas