BlogList Malaysia

09 November 2011

Anak Najib beli saham syarikat balak RM1.69 juta

KUALA LUMPUR 9 Nov: Anak lelaki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli saham berjumlah RM1.69 juta dalam sebuah syarikat pembalakan, Harvest Court Industries Bhd.

Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit, sekaligus menyaksikan harga saham dalam syarikat berkenaan turut melonjak paling tinggi dalam masa sembilan tahun.

Nazifuddin adalah seorang daripada tiga anak Najib hasil perkahwinan pertama beliau dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Ini merupakan kali pertama beliau membeli saham Harvest Court dan beliau kini memiliki 1.19 peratus saham dalam syarikat itu, lapor Malaysian Chronicle.


Turut sama meningkatkan milikan sahamnya dalam syarikat itu ialah Raymond Chan Boon Siew, 39 yang menguasai Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd.

Menurut Malaysian Chronicle, Nazifuddin juga merupakan pengerusi Sagajuta, yang merupakan pemaju bagi kompleks membeli belah 1Borneo di Kota Kinabalu.

Sagajuta juga turut memiliki beberapa projek yang masih berjalan seperti 1Sulaman dan 1Likas di Kota Kinabalu dan 1Gateway di Klang.

Kedua-dua mereka menyertai lembaga pengarah Harvest pada 28 Oktober, 10 hari selepas Raymond Chan muncul sebagai pemegang saham utama Harvest Court apabila memiliki 23.808 juta saham atau 13.85 peratus saham.

Penyertaan Nazifuddin dan Raymond Chan melonjakkan saham syarikat itu sebanyak 30.5 sen kepada RM1.18 sen sesaham sementara waran pula meningkat sebanyak 30 sen kepada RM1.05

Namun, penganalisa pasaran tetap memberikan amaran terhadap lonjakan itu kerana seminggu sebelum Raymond Chan dan Nazifuddin menyertai Harvest Court, syarikat itu menerima pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia.

Sehingga kini, syarikat itu telah menerima dua pertanyaan aktivi pasaran luar biasa daripada Bursa Malaysia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22767

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas