BlogList Malaysia

28 October 2011

Kerja untuk Najib? Bull****, kata Campbell

Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British Tony Blair - Alastair Campbell keras menafikan dakwaan penglibatannya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Campbell menulis dua kali di Twitter dalam tempoh 16 jam bahawa dakwaan itu adalah “Bull****” (mengarut), sebagai menjawab soalan tiga pengguna, dipercayai rakyat Malaysia.

Menurut portal Sarawak Report, Campbell baru-baru ini dilihat di ibu negeri Kazakhstan dan Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.


Memetik sumber, portal itu melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'.

Semalam, Campbell menulis di Twitter berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia atau bekerja untuk Najib.

Tulisan itu ekoran dakwaan pengguna Twitter bahawa beliau bekerja untuk kerajaan yang "korup".

Campbell pernah menerajui kempen ‘Cool Britannia’ untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an.

Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq.

Malaysiakini

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas