BlogList Malaysia

31 July 2011

Saya mungkin boleh mati dalam tahanan

Sebaik sahaja timbalan presiden PSM M Sarasvathy dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, dia teramat gembira sekali kerana dia tahu dia mungkin boleh mati akibat serangan jantung sewaktu dalam tahanan selama 28 hari.

"Saya diserang sakit teruk di dada kiri saya yang saya syaki adalah serangan sakit jantung. Saya fikir saya akan mati ketika itu," katanya.

"Kesakitan yang teruk sehingga saya tidak boleh bernafas. Ini
adalah pengalaman pertama saya seperti itu," katanya tersenyum pahit apabila ditemuramah oleh Malaysiakini beberapa jam selepas pembebasannya.


Sarasbathy mempunyai alasan untuk merasa takut sedemikian, ekoran rekod serangan jantung dalam keluarganya.

"Ibu saya dan kedua-dua adik saya mengalami serangan sakit jantung. Saya merasa teramat sakit di dada ketika di dalam lokap," dakwa Sarasvathy, 58.

Bilik kurungan 'berhantu'

Sarasvathy berkata, dia mengadu sakit dada dan dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpul sebanyak dua kali - pada 15 Julai dan hari berikutnya.

Sarasvathy juga berkata, kali pertama mengadu sakit dada, dia dihantar ke hospital untuk rawatan perubatan.

Dalam perjalanan pulang, katanya, seorang pegawai memberitahunya yang bilik kurungannya 'berhantu'.

"Ianya antara pukul 1 pagi hingga 2 pagi. Pegawai itu kata ada hantu lelaki yang suka melawat tahanan wanita," katanya.

Malaysiakini


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas