BlogList Malaysia

10 July 2011

Mahaguru 'Kerusi Roda' Cabar Anwar

La Rupanya Mahaguru Silat Ada. Baru Dengar Suara Hari Ni

Mahu tahu motif diteruskan perhimpunan haram

KUALA LUMPUR: Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri
Omardin Mauju mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sebagai pengkhianat negara berikutan penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0, semalam, untuk berdialog dengan beliau secara langsung di televisyen, dalam waktu terdekat.

Omardin mahu dialog itu menjadi medan Anwar meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada kerajaan yang menyebabkan BERSIH 2.0 berlangsung semalam walaupun selepas pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan.


“Jika berani, beliau sepatutnya bersedia untuk mengadakan majlis dialog itu. Saya bukan seorang ahli politik, bagaimanapun saya mahu tahu apa yang sebenarnya menyebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan sistem pilihan raya negara, hingga menyebabkan BERSIH 2.0 diadakan?

“Anwar sepatutnya lebih tahu bahawa rundingan boleh diadakan, apatah lagi beliau sebelum ini pernah memegang jawatan dalam kerajaan. Dia bukannya pemimpin jalanan sehingga perlu meneruskan perhimpunan itu. Mengapa perlu menimbulkan huru-hara dan pernahkah dia terfikir apa yang akan berlaku sekiranya tercetus pergaduhan dengan bangsa lain disebabkan perhimpunan itu,” katanya semalam.

Omardin yang juga Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) turut berada di Bukit Bintang semalam menyertai Himpunan PATRIOT yang disifatkannya sebagai benteng pertahanan kerajaan bagi menghadapi pihak pembangkang yang berhasrat menimbulkan kekacauan.

Dipetik dari Kerabu Bersuara

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas