BlogList Malaysia

22 June 2011

Projek parlimen: Nazri setuju cadangan Mahfuz

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju agar satu Jawatankuasa Parlimen ditubuhkan untuk memantau sebarang projek berkaitan parlimen.

Persetujuan itu dibuat terhadap cadangan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mahu satu jawatankuasa khas parlimen bagi memantau projek membaik pulih parlimen yang sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya JKR.

"Saya rasa itu satu cadangan yang baik oleh kerana Parlimen adalah salah satu cabang kerajaan yang bebas antara tiga iaitu executive, legislative dan judiciary.

"Apa sahaja perkara yang ada kaitan dengan parlimen ini mesti diberi maklum kepada kita sekurang-kurangnya kepada house of comitee," kata Nazri semalam selaku menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal parlimen.


Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab cadangan yang dibangkitkan Mahfuz pada persidangan pagi tadi.

Beliau turut memaklumkan Jawatankuasa Parlimen juga telah diberi penerangan oleh JKR tentang pembinaan pada 5 April 2011.

Menyoal lanjut, Mahfuz berkata jawatankuasa itu bukan sahaja sekadar diberitahu, malah perlu dilibatkan dalam membuat sebarang keputusan.

"Bukan sahaja dimaklumkan tapi suara kita itu kena menentukan.

"Seperti projek di belakang (dewan mesyuarat sementara), nak pakai proses biasa atau AP 55. Saya rasa yang berhormat pun tak setuju, ini bukan darurat," soalnya.

Pada persidangan parlimen Mac lalu Mahfuz mempersoal kaedah runding terus atau penganugerahan kontrak pembaikpulih bangunan parlimen oleh Kementerian Kerja Raya kepada syarikat TRC Corporation di bawah Perbelanjaan Darurat–AP 55.

Ketika itu Nazri mengakui beliau dan Speaker tidak dirujuk dalam isu pemberian kontrak tersebut.

Sehubungan itu, cadangan Mahfuz itu akan dipanjangkan kepada mesyuarat jemaah menteri.

"Apa yang yang berhormat sebut tadi saya akan sampaikan kepada pihak jemaah menteri.

JKR sebelum ini memaklumkan bangunan Parlimen yang sudah berusia hampir lima dekad akan melalui pengubahsuaian struktural secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah kerosakan yang sering berlaku sebelum ini.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas