BlogList Malaysia

27 June 2011

Nazri: Tayangan video seks budibicara hakim

Menteri Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa keputusan untuk menayangkan video seks lelaki yang didakwa menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim "adalah terserah kepada budibicara hakim".

Katanya, ia adalah budi bicara majistret sama ada untuk menayangkannya atau tidak.

Isu itu timbul hari ini apabila ahli parlimen veteran pembangkang, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), ketika membahaskan satu rang undang-undang di Dewan Rakyat, bertanya sama ada ianya wajar bagi Majistret Aizatul Akmal Maharani membenarkan tayangan video seks ketika orang awam sedang mengikuti prosiding di mahkamah.


Minggu lalu, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didakwa bersubahat dengan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana secara menayangkan video bahan lucah kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac.

Ketiga-tiganya, yang dikenali sebagai trio 'Datuk T', berkata mereka menayangkan video seks itu bagi mendedahkan "kebenaran" bahawa pelaku dalam video tersebut tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin.

Untuk menentukan sama ada video itu yang terkandung bahan pornografi, ia ditayangkan di mahkamah, walaupun bahagian adegan seks dipercepatkan.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas