BlogList Malaysia

23 April 2011

Umno Tetap Berusaha Hancurkan Pakatan Rakyat Melalui UG

Pintu Rundingan Mengenai Kerajaan Perpaduan Tidak Pernah Ditutup, Kata Ahmad Maslan

Pintu rundingan antara Umno dan PAS berhubung kerajaan perpaduan tidak pernah ditutup, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Umno sememangnya sentiasa menunggu tibanya hari orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara dapat bersatu dan tidak lagi berpecah belah kerana parti.

“Sekiranya PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang idea mengenai kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Kursus Retreat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dan Ru Rendang di sini.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Ahmad mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini yang beliau akan menyatakan pendirian mengenai kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas selesai siasatan dibuat terhadap kes video seks yang pelakunya didakwa mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kursus retreat hari ini diadakan untuk anggota Umno dari lapan kawasan DUN yang dimenangi pembangkang, sebagai pembakar semangat untuk merampas kawasan berkenaan.

– BERNAMA

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas