BlogList Malaysia

26 April 2011

RM 0.50 Sen Setiap Email 1 Malaysia.. Siapa Cerdik Dan Siapa Yang Bodoh?

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.


Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.

Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.

**Beli alat biometrik-USB dari mereka? Kahkahkah.. Duit lagi tuh..

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas