BlogList Malaysia

25 April 2011

Email 1 Malaysia Lebih Selamat - Kata Pengampu

KUALA LUMPUR: Penyediaan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, menurut pakar teknologi maklumat komunikasi maklumat (ICT).

Azli Paat, yang juga Pengarah Adavista Sdn Bhd, berkata e-mel rasmi yang penyertaannya secara sukarela itu dapat memudahkan semua pihak berurusan dengan semua sektor dan agensi kerajaan.

"Sepatutnya tidak harus timbul isu yang mengatakan usaha ini akan memudahkan kerajaan memantau e-mel rakyat atau memudahkan kerajaan menghantar e-mel terus ke akaun e-mel 1MY," katanya.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu mengenai projek itu yang adalah inisiatif sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

Inisiatif e-mel 1MY itu akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli perniagaan.

Azli berkata, dengan pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo!, Gmail, Hotmail dan lain-lain, rakyat kini boleh memilih e-mel 1MY untuk berurusan dengan sektor kerajaan.

"Apabila menggunakan e-mel 1MY, seperti dalam urusan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak terbabit akan lebih senang untuk memberi maklum balas yang dikehendaki," katanya dengan mencadangkan e-mel itu tidak digunakan untuk kegunaan peribadi.

Tricubes Bhd akan mempelopori pelaburan RM50 juta itu yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal, sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan pembayaran, sebagai tambahan kepada set peralatan pembangunan web untuk warga negara dan entiti perniagaan bagi membangunkan aplikasi secara kreatif.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata projek e-mel 1MY amat berguna dalam usaha memastikan rakyat tidak tercicir daripada mendapatkan maklumat yang mutakhir di sekeliling mereka.

“E-mel 1MY memang sangat bagus, dalam masa yang sama mereka boleh memberi maklum balas terus kepada kerajaan mengenai sesuatu isu atau dasar. Ini namanya ‘engagement’ dan keterbukaan," katanya.

Mohamed Maliki menyifatkan tindakan pembangkang yang membantah projek itu kerana mereka merasa terancam dan takut kerajaan dikuasai oleh golongan muda berikutan golongan itu yang selalu menggunakan khidmat e-mel dalam kehidupan seharian mereka.

Presiden Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, berkata e-mel itu menjadi ‘pelengkap’ kepada usaha lain kerajaan dalam meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat di kalangan golongan muda termasuk pengagihan 'Notebook 1Malaysia'.

Akhramsyah Muamar Ubaidah, yang juga Naib Presiden Bloghouse Malaysia, berkata pembangkang khususnya tidak berhak mempertikaikan inisiatif pihak tempatan yang mengeluarkan e-mel sendiri yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemasaran dan promosi dalam memperkenalkan sesebuah syarikat.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib, berpandangan ia salah satu inisiatif swasta dalam memainkan peranannya membantu kerajaan demi kebaikan rakyat. – BERNAMA

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas