BlogList Malaysia

25 March 2011

Video seks: Suruhanjaya diraja tidak perlu, Dr Shamrahayu tempelak Datuk Trio

SHAH ALAM, 25 Mac - Suruhanjaya diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan individu yang didakwa pemimpin pembangkang tidak perlu ditubuhkan kerana ia dilihat akan menjejaskan kredibiliti polis sebagai pihak berkuasa.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan dan Jenayah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Shamrahayu A Aziz menyifatkan penubuhan itu juga mewujudkan persepsi bahawa masyarakat tidak lagi mempercayai pihak berkuasa dalam mencari keadilan dan kebenaran.

Menurutnya, desakan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja kini sering kali dijadikan mainan politik dalam kalangan pemimpin sedangkan ia melibatkan bidang kuasa polis untuk menyiasat.


“Suruhanjaya diraja berfungsi menyiasat sesuatu yang melibatkan di luar bidang kuasa polis dan menjadi perhatian umum,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas berhubung permintaan Kumpulan Datuk ‘T’ yang di anggotai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim yang mahukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks yang didedahkan mereka Isnin lalu.

Trio terbabit mahu suruhanjaya itu disertai pemimpin Pakatan Rakyat (PR), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media dan mungkin pihak luar supaya kebenarannya dapat dibuktikan.

Shamrahayu berkata, tindakan menubuhkan suruhanjaya juga seolah-olah merendahkan kredibiliti polis yang seharusnya menyiasat sedangkan laporan polis oleh pihak yang didakwa melakukannya telah dibuat.

Beliau merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat sehari selepas rakaman video itu didedahkan kepada media di Carcosa Seri Negara.

“Laporan telah dibuat dan ini merupakan kes jenayah yang memerlukan siasatan terperinci daripada pihak Polis. Biarkan pihak terbabit menjalankan tugasnya.

“Siapa mereka (Datuk T) untuk mendesak kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya diraja,” katanya.

Menurutnya, penubuhan suruhanjaya juga hanya akan membazirkan wang rakyat memandangkan mereka yang terbabit perlu dibayar imbuhan. -SH

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas