BlogList Malaysia

04 February 2011

UMNO Pindahkan 645 Pelajar Malaysia Di Kaherah Ke Jeddah

AirAsia, MAS pindah 645 pelajar di Kaherah ke Jeddah

Seramai 645 pelajar Malaysia di Mesir dipindahkan ke Jeddah dengan pesawat AirAsia dan Penerbangan Malaysia (MAS) semalam, kata Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay.

Seramai 345 pelajar telah pun dipindahkan dengan pesawat MAS pada pukul 3 petang waktu tempatan.

Bagi kumpulan kedua, sebanyak 300 orang pelajar dipindahkan menggunakan pesawat AirAsia.

“Kami akan menghantar mereka ke asrama Tabung Haji di Jeddah,” katanya kepada Bernama di sini semalam.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata seramai 35 kakitangan agensinya ditugaskan membantu proses pemindahan pelajar Malaysia di lokasi berkenaan.

Beliau berkata tujuh daripada mereka adalah petugas Tabung Haji di Kuala Lumpur yang dihantar khas bagi membantu 28 kakitangan badan berkenaan di Jeddah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Datuk Kamarudin Meranun pula berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran untuk mendaratkan pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Kaherah sebelum berlepas ke Jeddah.

Beliau berkata ia perlu dilakukan sebelum menentukan jumlah sebenar pesawat yang akan digunakan untuk membantu kerajaan memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah. — Bernama

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas