Belum pun habis BN meraikan kemenangan di PRK Labis.
Belum pun sampai sebulan Adun Tenang, Azhar Ibrahim berkhidmat sebagai Adun.
Belum pun hilang warna merah tanah kubur Datuk Sulaiman Taha.
Adun Tenang yang baru, Mohd Azhar Ibrahim dilaporkan telah diserang sakit jantung.
Khabarnya sudah 4 hari beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Mohd Azhar Ibrahim 39 tahun merupakan seorang bekas ADO telah meletak jawatan lebih awal dari perkhidmatannya kerana menjadi calon BN pada PRK Tenang yang lalu. Oleh kerana itu dipercayai beliau berkemungkinan tidak dapat wang pencen dari jawatannya itu. Ini kerana sebagai kakitangan perkhidmatan awam, dia perlu bekerja selama 10 tahun bagi melayakkan dia menerima pencen.
Tidak mengapalah, sebab beliau pun sudah menang sebagai Adun Tenang. Tapi syarat sebagai wakil rakyat (Ahli Parlimen/Adun), beliau perlu menjadi wakil rakyat selama 2 penggal berturut-turut bagi membolehkan dia menerima pencen. Bagi wakil rakyat yang berkhidmat hanya sepenggal, dia tidak layak menerima pencen.
Jadi sama-samalah kita berdoa supaya Mohd Azhar Ibrahim ini kembali sihat dan dapat berkhidmat kepada masyarakat Labis. Kasihan juga kepada keluarganya. Andai apa-apa berlaku kepada Tok Ai, maka tiadalah pencen terbitan untuk mereka. Penat PRK Tenang tidak hilang lagi, rasanya tak sanggup untuk PRK kali ke-2 di Tenang dalam satu penggal!. - Pulakdah
RM140,000 lesap ditipu bomoh halau hantu
14 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment