BlogList Malaysia

13 December 2010

Hidup Lagi Katak Nie..

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim mendakwa pendedahan WikiLeaks mengenai penilaian Singapura tentang iklim politik Malaysia mengesahkan sikap iri hati berterusan republik itu terhadap negara ini.

Pada sidang media pertama selepas kembali daripada cuti sakit selama dua bulan ekoran pembedahan jantung, presiden Perkasa itu berkata, Singapura sudah lama menyimpan dendam terhadap Malaysia.

Justeru katanya, kenyataan pegawai-pegawai kanan Singapura sebenarnya menunjukkan “belang” sebenar republik itu yang berpisah dari Malaysia pada 1965.

“Saya yakin bahawa mereka (Singapura) sebenarnya cemburu dengan Malaysia kerana mereka tidak gembira dalam banyak hal.

“Saya tidak terkejut dengan laporan WikiLeaks mengenai Singapura... mereka yang sebenarnya mengamalkan politik sempit,” kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

5 Komen :

Anonymous ,  December 13, 2010 at 3:57 PM  

pelan2 sikit Tok Him, jantung awak tu baru saja repair...kang berhenti berdenyut susah plak nanti....

TOK WALI PAS ,  December 13, 2010 at 4:00 PM  

HIDUP LAGI NIK AJIS SIWALI SELIPOR NI...

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

bapak jin ,  December 13, 2010 at 5:15 PM  

Laa.. Bila masa pulak katak perkasa ni tukar nama ke NIK AJIS SIWALI PAS?? Hehehe

eelobor December 13, 2010 at 8:04 PM  

hehehe, kesian dia. jangan di caci maki bro. biarkan dia, mungkin suatu hari nanti dia akan berubah kepada yang lebih baik

puakPas ,  December 13, 2010 at 8:41 PM  

perhatikan baik-baik brother,
tengok kakinya betul-betul,
kakinya tak rapat ke bumi,
hantu, pelesit!
kalau ragu-ragu,
tunggengkan punggung,
tengok melalui celah kangkang,
nampak mukanya,
tak nampak hantu atau pelesit,

mana mungkin?, aku tak percaya,
org mati keluarkan kenyataan,
org yg telah dikuburkan bercakap,
mayat membebel pasal politik,
pergi jumpa bomoh hantu,
munkin jin saka atau hantu raya,
tanya sahaja Harun Din,
munkin beliau tahu.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas