BlogList Malaysia

20 November 2010

Rosmah Letak Jawatan

Sultan Selangor Perkenan Rosmah Lepas Jawatan Canselor Unisel

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan hasrat Datin Seri Rosmah Mansor untuk tidak dilantik semula sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selepas kontraknya tamat Februari ini.

Rosmah memberitahu demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, Sabtu.

"'Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya.

Turut hadir pada majlis itu termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kontroversi kedudukan Rosmah di universiti milik kerajaan negeri itu mula tercetus selepas Pakatan Rakyat berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Isteri Perdana Menteri itu pernah menyatakan mahu melepaskan jawatannya kerana dianggap 'tidak kena' jika terus memegang jawatan di negeri diperintah parti pembangkang.

Bagaimanapun beliau terpaksa menanti sehingga Sultan Selangor membuat keputusan.

2 Komen :

Anonymous ,  November 20, 2010 at 5:37 PM  

Apa perlu tunggu bulan Februari 2011, hempaskan sahaja jawatan tu pada 16 Disember ni. Baru nampak kamceng.

azman kamarul November 20, 2010 at 11:26 PM  

Kenapa nak bertangguh....hebag sangat ke?....lepas pakat sembahyang hajat dan doa selamat....lagi cepat berambus lagi baik.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas