Malaysiakini hari ini ada melaporkan:The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.
According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.
Cuma hendak berkongsi fakta berkaitan dengan kes pembunuhan Dato Sosilawati berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai:
1. Seperti yang sudah mula diketahui peguam yang terlibat itu adalah Datuk Patmanaban yang tinggal di Banting dan mempunyai kekayaan yang luar biasa. Peguam ini sememangnya baik dengan orang-orang politik dan telah dikenali seorang peguam yang kaki putar-belit dan menipu. Bagaimanapun penampilannya sangat profesional dengan perawakan yang baik serta bersopan-santun. Menurut sumber yang diterima, beliau telah bercerai dengan isterinya yang sekarang telah duduk berasingan. Walaupun imej luaran Datuk Patma ini kelihatan baik, tetapi hakikatnya beliau seorang yang licik, di kelilingi gangster dan kaki perempuan, selain daripada hubungan yang kuat dengan 'orang atasan'.
2. Dato Sosilawati berurusan dengan Datuk Patma supaya dapat menjual tanahnya di Penang disebabkan Datuk Patma ini ada jaringan dengan ahli-ahli perniagaan dan politik. Tanah Datok Susilawati ini nilainya mencecah RM 200 juta. Setelah berurusan dengan Datuk Patma, tanah ini berjaya dijual kepada Dato' Rahman Palil (BN - Sementa dan bekas exco Agama Selangor zaman Khir Toyo) dan kroni-kroni perniagaan. Dato' Rahman Palil telah membayar pendahuluan sebanyak RM 4 juta dan baki selebihnya akan dibayar selepas urusan awal pembangunan tanah ini dapat diselesaikan termasuklah meng'halau' setinggan-setinggan yang menduduki kawasan ini (semasa menghalau nanti yang jadi mangsanya LGE ). Bagaimanapun Dato Rahman telah berjaya memperolehi PA asal tanah tersebut.
3. Datuk Patma pada masa yang sama telah berurusan dengan ramai pihak yang juga berminat untuk membeli tanah tersebut dan telah menerima beberapa bayaran pendahuluan antara RM 3 - 4 juta setiap kali berurusan. Dengan erti kata lain, ramai ahli-hali perniagaan dan politik yang telah dipedaya kerana hakikatnya tanah tersebut telah dimiliki oleh Dato Rahman Palil. Salah seorang yang berurusan dengan Datuk Patma itu telah berkesanggupan untuk membeli tanah itu dengan harga RM 200 juta lebih tinggi daripada perjanjian dengan Dato Rahman. Lalu Datuk Patma telah mencadangkan kepada Dato Sosilawati untuk membatalkan penjualan kepada Dato Rahman Palil dan mengembalikan pendahuluan RM 4 juta yang telah dibayar. Diberitakan berlaku pertengkaran antara Dato Rahman dengan Datuk Patma berhubung dengan perkara ini. Kemungkinan penipuan-penipuan ini telah diketahui oleh Dato Sosilawati lalu beliau bersemuka dengan Datuk Patma yang seterusnya membawa kepada pembunuhannya.
4. Kes ini telah ditangani sendiri oleh Dato Seri Bakri Zinin Pengarah Siasatan Jenayah dari Bukit Aman, bukan PDRM Banting. Bila Bukit Aman sendiri turun besar kemungkinan menunjukkan bahawa kes ini 'tidak mampu' diselesaikan oleh Polis Daerah. Betapa pula telah ditemui beberapa abu mayat yang lain yang dipercayai ada kaitan dengan beberapa ahli perniagaan yang hilang yang tidak ditemui sehingga kini. Situasi ini seperti menunjukkan bahawa Polis Banting telah gagal menjalankan tanggungjawab dan tidak boleh ditolak kemungkinan wujud unsur-unsur rasuah sehingga tindakan memberkas jenayah Datuk Patma gagal dihidu. Perkara ini sekali lagi menjejaskan kredibiliti pihak polis yang gagal menyelesaikan kes-kes kehilangan individu-individu ini dan tindakan tegas perlu diambil sekiranya benar wujud persekongkolan dengan pihak Datuk Patma.
5. Datuk Patma ini mendapat anugerah Datuknya dari Sultan Kelantan. Menurut sumber itu beliau begitu rapat dengan Tengku Fakhry. Hubungan ini juga menimbulkan tanda tanya? Mungkinkan Datuk Patma ini turut terlibat dalam konflik Istana Kelantan?
6. Setakat itu dulu maklumat yang saya terima, mungkin sahabat-sahabat ada maklumat tambahan. Pada pandangan saya, kalau kita ingin memberi pandangan terhadap isu ini, ialah dengan mempersoalkan kebenaran data dalam mencapai NKRA yang menyatakan bahawa indeks jenayah telah turun 16% dari Januari sehingga Ogos tahun ini sedangkan menjelang raya sahaja telah berlaku beberapa pembunuhan sadis termasuk dua beranak dibunuh di Port Dickson. Kita juga boleh menuntut supaya diumumkan hasil siasatan ini secara telus tidak seperti yang dilakukan oleh media yang cuba mengaburi kisah sebenar, kerana kita percayai Datuk Patma ini mempunyai hubungan rapat dengan ahli-ahli politik. Dan jangan pula kita lupa kisah VK Linggam yang sampai sekarang tiada tindakan bahkan dia telah dibenarkan mencabar keputusan Suruhanjaya DiRaja.
Sumber di sini
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
3 hours ago
0 Komen :
Post a Comment