Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.
“(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan,” kata Salahuddin (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.
Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu.
“Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka,” kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti “rasis”.
“Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang),” katanya lagi sambil menambah, “tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau).”
Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.
“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.
“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.
Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.
Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang.
28 August 2010
Tahniah Teo.. Anda Berjaya Buatkan Umno Kelihatan Bodoh
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
hmm.. aku tak tau la.. pandai betul DAP (orang kafir) ni punya strategi nak pecah belahkan Islam kat Malaysia ni.. Diaorang ni macam Yahudi, strategi cukup kemas dan tersusun, memang alasan nak bagi bantuan kepada surau. Yang kita ni dek kerana sumbangan yang tak seberapa sanggup bercakaran. Kalau kat Indonesia dek kerana secupak beras agama Islam sanggup digadaikan.
Akhir sekali orang Islam yang berpecah belah. Yang ni kata boleh & yang ni kata tak boleh walaupun dengan hujjah & dalil yang kuat.
Aku menyeru mari kita sama-sama buat Solat Istiharah untuk Allah bagi kita petunjuk jalan kebenaran, rak kira pemerintah atau pembangkang yang betul. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Aku tak menyokong mana-mana parti BN atau PR tapi demi kepentingan agama Islam yang semakin berpecah belah dek strategi yang begitu halus dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang nak tengok kita berpecah belah, satu demi satu isu dimainkan sehingga kita berpecah belah, di depan kita mereka simpati, di belakang kita mereka senyum dan dalam hati berkata 'PADAN MUKA KO ORANG ISLAM'.
Wahai Umat Islam, sedarlah dan bangkitlah dari tidur. Kita sekarang sedang dilagakan, saling caci-mencaci.
Akhir sekali aku ada satu Hadith yang perlu kita semua renungkan, Hadith tersebut berbunyi begini:
Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda "Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam; dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat Allah; dan apabila mereka caci-mencaci satu sama lain, mereka tidak akan lagi dipandang Allah" (Riwayat al-Tirmizi).
Wahai umat Islam kat Malaysia, sedarlah kita sekarang ini sedang diperkotak katikkan oleh orang kafir (aku tak kata DAP sahaja). Bersatulah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Wallahua'lam..
setuju dengan saudara WES...
Post a Comment